Zahiril Adzim Bersyukur Punya Isteri Seperti Shera - OHBULAN!

berita

Zahiril Adzim Bersyukur Punya Isteri Seperti Shera

December 19th, 2013 | by Ai | 18 comments
Isu & Kontroversi

PC Aku Ada Wali-33

Setelah pasangan pelakon yang sama cantik sama padan ini bergelar ibu dan ayah, nampaknya kehadiran bayi lelaki mereka benar-benar telah mengubah kehidupan mereka sebanyak 360 darjah.

Zahiril yang ditemui sewaktu majlis sidang media Aku Ada Wali di Kuala Lumpur baru-baru ini telah meluahkan rasa bersyukur dan beruntung apabila memiliki seorang isteri yang berusaha gigih menjaga anak lelaki mereka.

Saya bernasib baik mempunyai isteri seperti Shera. Dia yang banyak menjaga Anaqi. Kadang-kadang saya pun pelik, malam Shera berjaga tapi pagi-pagi dah bangun.

Bukan saya tak ada masa nak jaga Anaqi, cuma saya sibuk dengan pengambaran filem dan drama. Lagipun, Anaqi breast feeding.

PC Aku Ada Wali-29

Zahiril beruntung memperisterikan Shera Ayob

Zahiril turut mempelajari sedikit sebanyak tentang bayi daripada Shera, ini kerana isterinya seorang yang rajin membaca selok-belok mengenai bayi.

Kesemua pasal bayi ini, Shera yang beritahu saya. Saya belajar semua dari dia. Dia rajin membaca buku pasal bayi, perkara elok atau tak semua dia beritahu saya.

Dalam masa yang sama, sikap dan kecuaian pembantu rumah yang sering menggemparkan negara sejak kebelakangan ini telah menimbulkan rasa tidak percaya Zahiril kepada perkhidmatan mereka.

Namun, Zahiril menegaskan dia tetap akan mengambil pembantu rumah jika masing-masing sibuk dengan karier.

PC Aku Ada Wali-28

Zahiril akui sukar percaya pembantu rumah

Ibu bapa kami sibuk bekerja, jadi nak hantar Anaqi tu memang tak boleh. Mungkin akan datang kami gunakan perkhidmatan pembantu rumah.

Untuk pengetahuan, hasil perkahwinannya bersama pelakon jelita Shera Ayob pada 20 November 2011 di Perak, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki yang bernama Nadi Anaqi.

18 Comments

  1. Olga says:

    so?
    ZzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZ

    (0)
  2. azwan ali says:

    WHY BOTHER WHY BOTHER

    (0)
  3. stroberi says:

    yer semua yg ada anak akan berubah kehidupan nye so theres nothing new or anything that you need to shout about!!!

    (0)
  4. Buuu says:

    Ape shout about plak reporter tanya dia jwb lah tue lah bodoh nak bersuara.. Ape yg ko bodoh nak kutuk dia.. Artis mmg semua nak tau jgee

    (0)
  5. yuina says:

    boring la news camni Oh Bulan..next pls…

    (0)
  6. Dida says:

    that’s why syurga di bawah tapak kaki ibu….

    (0)
  7. skodeng says:

    kalau dah cite anak… post la gambar anak dengan bini die… ni gambar posing mamat ni je… tak mencabar betul.

    (0)
  8. zaza & azlan says:

    jika tanpa komen2 olga kat ohbulan ni.. boringgggg sgt rasenye tanpa keletah nakal mu kannn yuina.

    (0)
  9. Olga Murtad says:

    Yuina – aku suka bile ko nak tahu sape olga , jgn terkejut dia bkn lawa yg ko sangka , dia hodoh dan ade penyakit jiwa !!!!

    (0)
  10. Res says:

    Olga = Kak c = mulut longkang tp lawak

    (0)
  11. budak law says:

    alah masa tengah helok.. kate le sayang bini kau..esok luse dh bercerai..hitu lah..hini lah.. sume citer dalam kain keluor le

    hamik le teladan retis2 yg kawin bagai nk rak. bile dh x suke.. memacam citer keluor.

    (0)
  12. linda hangus says:

    who cares? tunggu facebook letak sign ni.

    (0)