berita

Zain Amri, Penyanyi R&B Berpotensi Tinggi Lancarkan Single Terbaru Berjudul “Arms Around Me”.

April 27th, 2012 | by Ell | 11 comments
Kini Trending

Zain Amri, Penyanyi R&B Berpotensi Tinggi Lancarkan Single Terbaru Berjudul “Arms Around Me”.

Dikenali sebagai Zain, penyanyi yang sudah berusia 34 tahun ini telah mula mencipta nama melalui kumpulan R&B, Soulstreet, pada tahun 1996. Namun pada waktu itu Zain masih lagi pelajar kolej.

Bertapak di Kuala Lumpur, Zain terus mencipta nama melalui rancangan TV seperti Zoom di Astro Ria, Rice Mice di TV2 dan Take A Break di TV3. Namun begitu, Zain telah mengambil keputusan untuk meneruskan karier dalam bidang muzik sebagai pekerjaan tetap.

“I’ve never stopped loving singing and performing. It’s something that I continued doing no matter what I was doing at the time. I could never avoid but to end up singing on stage every few months, whether at a company function, a family wedding reception or even at kids birthday parties!”

Baru-baru ini, Zain telah melancarkan single pertamanya yang berjudul “Arms Around Me” dalam pertengahan bulan Mac 2012. Zain juga telah melancarkan single keduanya yang dinyanyikan dalam 2 bahasa iaitu “Semoga Bahagia” (Say Goodbye). Lagu ini turut diserikan dengan kolaborasi bersama Caprice.

Single kedua Zain berjudul “Semoga Bahagia” ini menceritakan mengenai kisah seorang lelaki yang sudah di penghujung nyawanya menyesal kerana tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang disayanginya ketika dia masih ada peluang. Anda boleh tonton teaser muzik video ini di sini, Semoga Bahagia MV Teaser.

OHBULAN! sendiri kagum dengan usaha Zain dan sebagai penyanyi R&B, Zain adalah seorang yang amat berbakat dan harus diberi pemerhatian oleh pihak lain. Untuk maklumat lanjut mengenai Zain Amri, anda boleh layari laman Facebook Zain atau layari laman web rasmi Zain, http://www.zainamri.com.

Mari layankan single pertama Zain yang berjudul “Arms Around Me” selepas ini! Single pertama ini akan dikeudarakan pada 29 April ini di Hitz.fm pada jam 4 petang!

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

11 Comments

  1. juju says:

    huh, mcm berat je bdn nk dance.. huhu

    (0)
  2. anuar bukan zain says:

    ni sorg lg yg blagak hollywood..arak bagai..ko ni nk femes cpt kn?xde cara lg ke nk tnjuk?clubbing+mnum arak+sex..yg sorg lg poyo nk jd pitbull..ble la nk ade identiti sndrik

    (0)
  3. lola says:

    kesian tengok org melayu yang poyo nak ikut cara hidup barat….actually pasal lagu ni i tak ambik port pun…sempat layan sampai 1:01 je…usaha lagi ya..hahhahaa..

    (0)
  4. intan says:

    geli aku tgk muke penyanyi ni.dah lah suare ke laut.haktuihhhhh

    (0)
  5. jojo says:

    tah pape tah ….suara x menarik video clip pun x menarik…back ground tah pape….

    (0)
  6. langkahmayatakudulu says:

    muke cm **** . jadi budak surau la kau dari jadi budak club. puihhh

    (0)
  7. sleepyhead says:

    muka macam azwan ali versi kurus ja..awat nyanyi mulut herot..geli sgt aih..

    (0)