berita

Saya Tak Setuju Cara Juri Judge – Zain Saidin

April 29th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Zain Saidin MasterChef Selebriti 2

Program MasterChef Selebriti Malaysia untuk musim kedua yang bersiaran menerusi saluran Astro Ria (104), Mustika HD (134) serta Astro On The Go menyaksikan empat selebriti iaitu Zain Saidin, Rozita Che Wan, Sathiya dan Lisdawati yang terpaksa berentap di zon penyingkiran.

Bagaimanapun, keputusan tidak menyebelahi Zain Saidin apabila pihak juri sebulat suara memutuskan bahawa dia perlu meninggalkan dapur MasterChef.

Berikutan keputusan tersebut, Zain dilihat mempertikaikan keputusan pihak juri sehingga menghamburkan kata-kata yang tidak sopan dan menimbulkan perbalahan di antara mereka.

Tadi juri ada tanya, berbaloi ke saya tanya kawan-kawan saya? Ya, saya rasa sangat berbaloi sebab kalau nak makan dengan nasihat chef satu tu je,tak mungkin saya dapat sampaikan apa-apa dalam pinggan ini. Tapi kawan-kawan bagitau bahan-bahan apa yang nak kena pakai dan sebagainya, jadi dapat juga saya sampaikan pancake yang worst chef pernah rasa tu.

Cara juri-juri judge kami punya makanan saya tak setuju. Maaf saya katakan.

Sebagai juri anda tak capai ke tahap pengadil yang adil. Jadi, tolonglah adil. Saya tahu tahap saya bukan chef sebab saya penghibur, tapi saya ucapkan terima kasih di atas kesempatan ini,” Ujar Zain penuh tegas.

Dalam pada itu, Rozita Che Wan dilihat bersikap tenang dan seolah-olah mempertahankan tindakan teman lelakinya.

Biasalah orang tengah marah macam-macam dia nak keluarkan.Kalau marah, kita kena diam. Bila dia diberi peluang untuk bercakap memang dari A sampai Z la dia keluar,” komen Che Ta atas tindakan kurang sopan Zain.

Atas tindakan kurang sopan itu,  Zain telah menerima pelbagai kritikan negatif dikalangan peminat menerusi laman Facebook MasterChef Malaysia sehingga ada yang mempertikaikan bagaimanakah Che Ta boleh menerima Zain sebagai kekasih hati.

MasterChef Selebriti

Foto-foto sekitar MasterChef Selebriti Malaysia yang berlangsung semalam untuk tatapan anda :

Kredit Foto : Facebook MasterChef Malaysia

SKIP THIS AD ×