berita

Zed Zaidi Desak TV3 Minta Maaf Kepada Uji Rashid

January 15th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Zed Zaidi

Nampaknya kontroversi pengganti lagu ‘Terukir Di Bintang’ pada Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) baru-baru ini masih lagi belum reda. Ini kerana, menerusi status yang ditulis oleh Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi, pelakon ini telah mendesak pihak TV3 agar memohon maaf kepada penyanyi veteran, Uji Rashid atas kes yang berlaku pada AJL baru-baru ini.

Twitter Zed Zaidi 1

Dalam pada itu, Zed Zaidi turut mempersoalkan adakah pihak TV3 mengamalkan sikap ‘Artis muda disayangi, artis veteran disanjungi’ atau mereka sekadar memikirkan soal keuntungan semata-mata?

Twitter Zed Zaidi 2

Zed Zaidi turut mendakwa ego pihak TV3 terlalu tinggi sehingga tidak mahu memohon maaf kepada Uji Rashid meskipun perbuatan mereka adalah salah.

Twitter Zed Zaidi

Sumber : Twitter Zed Zaidi

SKIP THIS AD ×