berita

Zee Avi Umumkan Pertandingan Cipta Logo “Zeelions” Di Twitter!

January 17th, 2012 | by Ell | 2 comments
Hollywood

Bukan calang-calang penyanyi, Zee Avi yang bertubuh kecil ini kini sedang mencipta nama di Amerika Syarikat. Namun begitu, dia masih tidak melupakan para peminatnya di Malaysia. Buktinya, November 2011 yang lepas, Zee Avi kembali ke Malaysia untuk membuat persembahan di KL Live.

Kali ini, para peminat Zee Avi atau lebih dikenali sebagai ‘Zeelions’ bakal diberi peluang oleh Zee Avi untuk mencipta logo ‘Zeelions’ dan jika logo rekaan anda terpilih, ada hadiah istimewa yang akan diberikan kepada anda!

Pengumuman ini dibuat di akaun Twitter rasmi milik Zee Avi pada jam 12 tengah malam (waktu Malaysia) tadi. Jadi apa tunggu lagi, gunakan ke-kreatifan anda sekarang dan hantarkan ke [email protected]!

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

2 Comments

  1. ami says:

    kenapalh guna zeeLION? bukn ke LION tu diagungkn freemason. jgnlah sokong walau scr xlangsung!

    (0)
  2. twitter_dauspozi says:

    Nak try la buat.. Thanks for da info bro.. :)

    (0)