berita

Ziana Zain Tak Kenal Suami?

April 15th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

PC I Am Ziana Zain Concert-39

Persona wanita berusia 46 tahun ini nyata tidak pernah hilang walaupun industri hiburan tanah air semakin dibanjiri dengan pendatang baru.

Baru sahaja selesai menjayakan Konsert Teaterikal Suara Kita, penyanyi yang juga bergelar seorang ibu ini juga dilihat sibuk menguruskan rumahtangganya.

Malah, ketika ditemubual di sidang media Konsert I Am Ziana Zain, dia mengakui bahawa sebenarnya masih belum mengenali suaminya, Armin Zaharin itu secara sepenuhnya walaupun sudah hampir 16 tahun bersama.

PC I Am Ziana Zain Concert-43Ziana Zain masih kekal cantik seperti di awal kemunculannya dahulu

“Dalam hidup berumahtangga kena ada give and take. Lebih-lebih lagi saya dan Armin sememangnya mempunyai identiti yang jauh berbeza. Armin lebih pendiam dan saya pula banyak cakap.

Disebabkan perbezaan itu, hari-hari ada sahaja perkara baru yang saya akan belajar mengenai dia. Itulah yang jadi seronok sebab ada color dalam kehidupan seharian.”

Bakal meraikan ulangtahun perkahwinan pada 9 Mei ini, Ziana Zain tidak lokek untuk bercerita tentang saat-saat dirinya bersetuju untuk berkahwin dengan jejaka itu.

“Masa mula-mula nak kahwin dengan Armin, ramai yang tidak percaya. Mereka siap suruh saya berfikir banyak kali sebab pada pandangan mereka Armin garang. Tapi, saya tetap dengan keputusan saya dan Alhamdullilah, kami anak-beranak bahagia.”

PC I Am Ziana Zain Concert-14

Ziana Zain bakal adakan konsert I Am Ziana Zain pada 27 September di MITC Melaka

Beralih pada soal karier, wanita anggun ini juga menyatakan keterujaannya apabila impiannya untuk mengadakan konsert khas buat para peminat bakal tercapai pada tahun ini.

“InsyaAllah, konsert ‘I Am Ziana Zain’ bakal diadakan pada 27 September depan di MITC Melaka. Saya juga sangat seronok dapat adakan konsert di negeri kelahiran saya sendiri.

Siapa sangka pada usia 46 tahun, masih ada pihak yang sudi menaja konsert saya. Walaupun Gold Earth Pictures masih setahun jagung dalam industri, saya yakin bahawa konsert ini mampu tarik ramai pengikut saya, apatahlagi apabila dibuat di Melaka.”

Ziana turut menambah bahawa dia akan menyanyikan sebanyak 22 buah lagu daripada album pertamanya sehingga album terbaru dalam tempoh 2 jam konsert tersebut berlangsung.

“Saya hanya akan menyanyi lagu saya pada konsert ini. Mungkin juga akan ada artis undangan, gimik dan semua masih dalam perbincangan.

Banyak sangat lagu yang saya mahu nyanyi, yang mempunyai memori masing-masing. Jika tidak dapat nyanyi semuanya secara penuh, secara medley pun sudah cukup seronok.”

PC I Am Ziana Zain Concert-31

Ziana Zain janji akan berikan yang terbaik untuk para peminat di konsert I Am Ziana Zain

Apa tunggu lagi, buat para peminat tegar artis bersuara nyaring ini, anda sudah boleh mula mendapatkan tiket yang bermula pada harga RM 95 (Silver) di www.ticketpro.com.my ataupun dibeli secara terus di pejabat urusan Gold Earth Pictures bertempat di Kota Damansara.

Malah, lebih istimewa lagi, seramai 100 orang pembeli tiket Platinum yang berharga RM325 akan berpeluang untuk beramah-mesra dengan Ziana pada sebuah majlis yang akan dimumkan kelak. Sebelum itu, apakata kita lihat dahulu wajah terbaru Ziana Zain yang semakin cantik ini!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×