berita

Zizan Bersyukur Doa Termakbul, Tercalon 8 Kategori Di ABPBH 2012

January 10th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Zizan Razak

Setiap tahun, kita semua dapat melihat karier pelakon dan juga pelawak, Zizan Razak terus meningkat. Dari hanya sekadar peserta program lawak yang biasa, Zizan terus mencipta nama dan menjadi sebutan ramai peminat di Malaysia.

Terbaru, Zizan telah tercalon dalam 3 buah kategori di Anugerah Bintang Popular BH 2012 dan juga 5 buah kategori ‘Online’ sekaligus menyaksikan Zizan sebagai artis dengan pencalonan tertinggi sebanyak 8 buah kategori. Antaranya ialah “Pelakon Filem Lelaki Popular”, “Artis Komedi Lelaki Popular” dan “Pengacara TV Lelaki Popular”.

Manakala untuk anugerah ‘Online’, Zizan telah tercalon dalam kategori “Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama”, “Gandingan Di Layar Serasi (bersama Johan)”, “Artis Berpengaruh Di Laman Media”, “Artis Lelaki Stailo” dan “Artis Asia Paling Popular”.

“Tak sangka undian makin hebat. Maksud saya pencalonan pun makin banyak. Nampak sokongan peminat lagi hebat untuk tahun 2012,” ujar Zizan memulakan perbualan.

Dalam pada kegembiraannya mendapat pencalonan tertinggi, Zizan turut meluahkan rasa bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan.

“Saya pun terkejut. Pada saya ini antara perkara yang menjadi doa saya sebelum ini supaya orang berpuas hati dengan hasil kerja saya. Dan saya lihat 2012, doa saya termakbul . Doa saya agar orang suka dan senang lihat diri saya,”  jelas Zizan lagi.

Anugerah Bintang Popular BH 2012 bakal berlangsung pada 7 April ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

SKIP THIS AD ×