berita

Zizan Menangis Di Melodi Semalam, Siapakah Yang Layak Gantikan Tempatnya?

June 30th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-30 at 11.04.16 AM

Lepas ni mesti ramai yang rindukan keletah Zizan sebagai pengacara rancangan hiburan itu kan? Selepas 4 tahun mengelolakan rancangan tersebut, semalam Zizan mengumumkan bahawa dia bakal meninggalkan program tersebut kerana kontraknya yang telah tamat.

Sedih pula bila melihat Zizan yang ditemani Awal Ashaari berlinangan air mata apabila memberitahu bahawa semalam merupakan hari terakhir dia menjadi hos rancangan hiburan itu.

Tapi, siapakah agaknya yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengacara bersama Awal Ashaari selepas ini ya?

Screen Shot 2014-06-30 at 11.05.58 AM

Hari terakhir Zizan di set Melodi

Bukan mudah sebenarnya nak meneka gerangan orang yang bakal mengambil tempat Zizan. Yelahkan, sekarang ni ramai je selebriti yang meningkat naik, tapi bukan semuanya mempunyai kredibiliti menjadi pengacara.

Nama Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz bermain di fikiran kami kerana gandingan mereka berdua ni ‘not bad’ juga. Hurmm..para pembaca semua ada cadangan tak? Mana tahu tekaan anda semua mengena!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×