berita

Zizan Razak Anggap ‘Kekasih Baru’ Sebagai Kakak

March 4th, 2015 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2015-03-04 at 10.44.45 AM

Desas-desus percintaan antara Zizan Razak dan Naib Presiden GenNext Astro, Putri Yasmin Megat akhirnya menemui jawapan.

Kalau nak tahu, Putri Yasmin pun sudah menegaskan dia tiada apa-apa hubungan istimewa dengan Zizan seperti yang digembar-gemburkan.

Terkini, tiba giliran Zizan pula untuk memberitahu duduk perkara sebenar mengenai status hubungan mereka.

Anggap Putri Yasmin Sebagai Kakak

PROJEK CERIA / PPUM

Menurut laporan Berita Harian, Zizan menganggap kontroversi tersebut sebagai fitnah selain menyifatkan wanita tersebut dianggap tak lebih dari seorang kakak.

Rasa kelakar bila dapat tahu isu ini keluar, tak tahu macam mana perkara ini boleh timbul dan tak tahu ini fitnah jenis apa. Saya menganggap Puteri Yasmin Megat Zaharuddin itu seperti kakak saya di luar dan manager atau bos saya ketika bekerja.

Zizan Tak Kecewa

Screen Shot 2015-03-04 at 10.44.29 AM

Kata Zizan, dia tidak sedikitpun kecewa apabila terpalit dengan kontroversi seperti ini.

Saya menyokong apa yang dikatakan Yasmin ia sebagai suatu fitnah. Apa pun saya tidak kecewa dengan apa yang berlaku kerana semakin banyak benda positif yang ingin saya buat banyak pula perkara negatif timbul, saya percaya ia adalah dugaan yang harus saya terima untuk tahun ini

Hmm, tak apalah Zizan. Mungkin ini masa yang sesuai untuk Zizan lebih memikirkan soal kerjaya berbanding cinta.

SKIP THIS AD ×