berita

Zizan Razak Bakal Beli Rumah Mewah RM1 Juta?

October 30th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-10-30 at 12.26.16 AM

Rasanya semua sedia maklum bahawa sebelum ini Zizan Razak telah menghadiahkan ibu bapanya sebuah rumah di Terengganu.

Jadi, tak hairanlah jika Zizan mahu membelikan rumah untuk dia dan bakal isteri pula selepas ini. Nak tahu kenapa kami cakap macam tu?

Ceritanya begini, semalam kami menerima screenshot perbualan WhatsApp Voicemail berserta status yang dikatakan milik seorang agen hartanah. Status tersebut mendakwa bahawa agen berkenaan sedang dalam rundingan bersama Zizan mengenai pembelian sebuah rumah.

zizan beli rumah 2

Hasil kaji selidik, kami mendapati agen hartanah itu memang wujud dan kebanyakan rumah yang dijualnya boleh dikategorikan sebagai rumah mewah.

Sudah pasti urusan pembelian rumah ni bukan mudah. Banyak fasa-fasa yang perlu dilalui sebelum dapat kunci rumah tersebut. Lagipun Zizan masih belum close deal dengan agen itu lagi.

Cuma kami tertanya-tanya, berapa agaknya harga rumah yang sedang ‘diintai’ oleh Zizan. Rasanya senang-senang je Zizan boleh membeli rumah mewah berharga RM1 juta malah mungkin lebih tinggi daripada itu? Untunglah jadi Emma Maembong. Eh!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×