berita

Zizan Razak Nikah Gadis Sekampung Tanpa Solekan Tebal Untuk Cantik Bulan Jun Ini

April 12th, 2015 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

zizan razak. jpg

Nah, ini jawapan yang anda nantikan daripada tengah malam semalam. Ternyata, jangkaan kami bahawa Zizan Razak sudah berbaik dengan Emma Maembong meleset.

Malah, apa yang menarik perhatian, Zizan memilih untuk menikahi gadis sekampung yang baru dikenalinya dua bulan lalu.

Namanya Rahsia..

Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu”

Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan”

Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu.”

Gadia Pilihan – Natural Beauty!

Bakal pulang ke kampung untuk menguruskan urusan merisik dan meminang, Zizan sempat memberitahu bahawa bakal isterinya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk kelhatan cantik.

Malah, gadis berkenaan turut menghormati kedua ibu bapanya sehingga membuatkan hati Zizan yang sedang terluka tertambat terus.

Sumber: BH Plus

SKIP THIS AD ×