
Dalam sehari, tak sah kalau tak nampak abang-kakak Lalamove kat jalan raya.
Tanpa kita sedar, mereka wira tidak didendang yang memudahkan urusan menghantar barang, berpindah rumah, mahupun memesan makanan
Tapi pernah tak terfikir pasal kisah sebalik tabir hidup mereka?
Lalamove angkat ‘suara sebenar’ para pemandu menerusi podcast Park Tepi Jap!

Demi mengangkat ‘suara sebenar’ komuniti ini, Lalamove melangkah setapak ke hadapan dengan melancarkan siri podcast terbaharu mereka yang dinamakan ‘Park Tepi Jap!’.
Berbeza dengan podcast lain, ‘Park Tepi Jap!’ unik kerana memfokuskan sudut kemanusiaan dengan mengetengahkan realiti, pengorbanan, dan impian sebenar warga pemandu Lalamove sendiri.
Latar belakang berbeza, target pemandu Lalamove pun tak sama

Melalui podcast ini, korang berpeluang mengetahui dengan lebih dekat dengan para pemandu yang hadir dengan latar belakang berbeza.
Siapa sangka, sebahagian daripada pemandu sambilan ini sebenarnya memegang pekerjaan tetap yang hebat di sektor swasta, termasuklah sebagai konsultan dan pakar dalam bidang kewangan!
Seperti Muhammad Ashrul sendiri, beliau yang baru sahaja menceburi dunia gigi meluangkan masa sekitar 4 jam sehari secara sambilan selepas waktu kerja hakikinya.
Berbeza pula seorang lagi pemandu Lalamove iaitu Syahriz Izzad yang merupakan pemandu full time Lalamove.
Menurutnya, kesetiaan beliau kepada Lalamove sangat mendalam kerana syarikat itu telah menyara keluarganya sejak awal perkahwinan sehinggalah kini mempunyai tiga orang anak.
Ada juga yang memandu bukan sebab duit semata-mata, tapi saja nak isi masa lapang, cari ketenangan, sambil-sambil tambah kawan baru.
Sembang santai: Kisah ‘Mat Bola’ dan aksi panjat pokok

Di samping menyelami kisah emosi dan pengorbanan keluarga, keunikan podcast ini turut diserikan dengan kisah-kisah lucu yang pasti membuatkan penonton terhibur. Antaranya termasuklah perkongsian daripada pemandu yang digelar ‘Mat Bola’.
Memandangkan bahang Piala Dunia 2026 sedang rancak berlangsung, ada pemandu yang berkongsi taktik kreatif melayan perlawanan kegemaran menggunakan dua telefon pintar serentak sambil tetap fokus mencari rezeki. Menarik bukan?
Ciri fleksibiliti masa yang ditawarkan Lalamove benar-benar membolehkan mereka bekerja tanpa terlepas setiap saat penting perlawanan pasukan pilihan mereka.
Tidak kurang juga dengan pengalaman luar biasa yang kedengaran agak tidak masuk akal, apabila ada pemandu yang terpaksa memanjat pokok di tepi lebuh raya semata-mata demi menyelesaikan tugasan hantaran mereka!
Fleksibiliti dalam tugasan buatkan Lalamove menjadi pilihan para pemandu
Dengan fleksibiliti yang Lalamove tawarkan, tak hairanlah ramai pemandu selesa dan setia dengan platform ini untuk mencari rezeki.
Peluang ini turut terbuka luas buat korang yang ingin mencari pendapatan sampingan sambil menambah kenalan bersama warga Lalamove yang lain. Sama ada secara separuh masa atau sepenuh masa, korang boleh klik di SINI untuk bermula.
Sambil melayan podcast, ‘Park Tepi Jap!’ dibawakan khas bagi mengajak rakyat Malaysia lebih menghargai, menghormati, dan berempati terhadap cabaran serta kepuasan para pemandu setiap kali menghantar barang pelanggan.
Selain video penuh, korang juga boleh tonton potongan video pendek serta ikuti media sosial rasmi Lalamove Malaysia di Instagram, TikTok, Facebook, dan juga YouTube Shorts supaya korang tidak terlepas episod-episod menarik yang akan datang.
Apa tunggu lagi? Jom layan perkongsian penuh cerita daripada warga Lalamove sekarang!








