
Tindakan penyampai Bekpes Hot FM, AG yang menunjukkan empati terhadap cabaran dihadapi wanita berkerjaya, khususnya ibu yang mempunyai anak kecil, meraih pujian ramai.
Artikel Berkaitan: Hot FM Cipta Sejarah, Bersiaran Dari Merdeka 118
Artikel Berkaitan: Hot FM Masih Kekalkan Kedudukan Sebagai Stesen Radio No.1 Di Malaysia, Hampir 4 Juta Pendengar Mingguan!
Bincang topik wanita berkerjaya
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, individu itu menyifatkan tindakan AG sebagai satu bentuk keprihatinan.
Terima kasih kerana beri sokongan kepada wanita dan memahami apa yang kami lalui.
Dalam segmen pagi, seorang pemanggil wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Kecik menyatakan pihak syarikat atau majikan tidak sepatutnya mengambil wanita yang mempunyai anak kecil bekerja.
Dakwa Kecik, golongan ibu itu sering mengambil cuti sekiranya anak tidak sihat sekaligus mengganggu produktiviti kerja.
AG kemudiannya cuba memberikan perspektif berbeza dengan menyatakan kemungkinan kata-katanya itu akan berbalik kepadanya suatu hari nanti.
Namun, dengan nada yang cukup yakin, Kecik membalas bahawa perkara itu tidak akan berlaku kepadanya kerana dia pandai menguruskan masa.
Kata individu itu, dia sangat tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Kecik.
Saya sebagai suri rumah sepenuh masa dan pernah bekerja sebelum dapat anak saya sangat tak bersetuju dengan kenyataan itu.
Mungkin hari ni Allah bgi rezeki masa dan kudrat yang kuat dengan kita.
Tapi kemudian hari kita tak tahu apa yang Allah akan bagi mungkin lagi teruk apa yang pernah kita cakap sebelum ni sebab selagi tak melalui proses rumah tangga dan hadap perangai anak sendiri selagi tu kita takkan tahu kepayahan yang sebenar.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya turut memberikan pandangan berbeza terhadap topik itu.
Sumber: Threads








![[VIDEO] Lelaki Penghidap Penyakit Iktiosis Kongsi Cabaran Hidup – ‘Orang Tak Boleh Tengok, Mereka Takut Berjangkit’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/iktiosis-man.jpg)