
Penyanyi, Elica Paujin tampil menjelaskan mengenai kemunculannya yang sedikit lewat di atas pentas ketika menjayakan persembahan lagu Lumangad Oku Dika nyanyian Ryenald Guntabid pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).
Artikel Berkaitan: Raih Tempat Ketiga AJL40, Ryenald Guntabid Pertimbang Berpindah Ke Kuala Lumpur – ‘89.71 Peratus Pasti’
Konsep persembahan

Menerusi hantaran di Threads, Elica, 28, berkata kemunculannya itu sememangnya dirancang sebagai sebahagian daripada konsep persembahan bagi menghubungkan jalan cerita lagu berkenaan dengan muzik video (MV).
Masih ada yang tertanya kenapa saya lambat keluar masa AJL hari itu. Memang saya sengaja lambat keluar sebab sebahagian daripada plan team untuk ‘connect’ persembahan ini dengan jalan cerita dalam MV.
Kalau kalian tengok dalam MV, saya sudah pun bersama dengan orang lain. Jadi untuk persembahan ini, saya datang bukan sebagai pasangan, tapi lebih kepada seorang rakan yang ingin memberi dia sokongan dari belakang.
Menurut Elica, kemunculannya yang lewat ketika persembahan itu juga mempunyai maksud tersendiri dan dirancang mengikut jalan cerita yang ingin disampaikan.
Sebab itu masa part lirik ‘menatap bayang wajahmu’, Ryenald pusing belakang untuk cari saya tapi saya muncul di part ‘biar cinta kita kan tetap selamanya’ tepat sebelum masuk klimaks lagu itu.
Maksudnya, walaupun dalam cerita itu saya sudah bersama dengan orang lain, kehadiran saya di situ tetap menjadi satu bentuk sokongan untuk dia.
Bila dia tahu saya ada di sana, dia terus ada semangat untuk meneruskan persembahan sampai ke klimaks. Begitu lebih kurang penceritaannya.
Kemunculan saya yang lambat itu memang disengajakan. Bukan terlambat, bukan lupa cue, bukan kasut terbuka, bukan juga saya pergi tandas, tapi memang tunggu masa yang tepat untuk masuk dalam cerita.
Terdahulu, Ryenald diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga menerusi lagu Lumangad Oku Dika pada AJL40, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.
Sumber: Threads








