
Penyanyi, Dayang Nurfaizah memilih untuk tidak melakukan persembahan yang berlebihan sebaliknya menampilkan persembahan yang lebih mencerminkan dirinya pada malam Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), Sabtu ini.
Artikel Berkaitan: Dayang Nurfaizah Tak Kisah Dilabel Penyanyi Majlis Kahwin – ‘Itu Rezeki, Saya Bertuah Dapat Hiburkan Mereka’
Artikel Berkaitan: Dayang Nurfaizah Terhibur Dengar Sorakan Peminat Minta Kahwin Dengan Hael Husaini
Jangkaan dan harapan peminat

Ketika ditemui OhBulan!, Dayang, 44, tidak menafikan para peminat sememangnya meletakkan harapan yang tinggi daripada setiap persembahan penyanyi kesukaan mereka.
Bagaimanapun, Dayang berkata dia enggan terlalu memikirkan perkara tersebut kerana mahu menampilkan persembahan yang dekat dengan dirinya.
Memang setiap persembahan, peminat akan mengharapkan sesuatu. Saya sendiri pun terfikir ‘apa lagi yang saya nak buat dan tunjukan untuk tahun ini’.
Tetapi saya tidak mahu perkara itu menjadi beban kerana terlampau berfikir.
Saya cuba bagi kepada peminat apa yang mereka belum dengar dan teroka tentang persembahan saya.
Dayang berkata demikian ketika di sesi latihan AJL40 di Unifi Arena pada malam Khamis.
Ketika ditanya sama ada dia mengetahui mengenai jangkaan peminat, Dayang berkata dia menyedari perkara tersebut.
Pun begitu, meskipun bukan mudah untuk memenuhi setiap jangkaan peminat, Dayang tetap akan memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan agar setiap momen yang dikongsikan bersama mereka lebih bermakna.
Nak memenuhi jangkaan tu kadang-kadang tak sampai tetapi sekurang-kurangnya saya mencuba.
Bagi saya, saya cuma nak buat persembahan yang menjadi kenangan indah dan diingati oleh saya dan juga peminat saya.
Bukanlah takut, lebih kepada risau sebab kita nak pastikan persembahan itu yang terbaik buat peminat.








