
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur atas perjalanan rumah tangganya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, yang kini memasuki usia dua dekad.
Artikel Berkaitan: Pengurus Siti Nurhaliza Maklum ‘Kesuma’ & ‘Rencong’ Sudah Dihantar Untuk Pencalonan Muzik-Muzik 41
Artikel Berkaitan: AJL40: ‘Umairah Adalah Legasi Saya’ – Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza sambut anniversary ke 20 tahun
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin, 47, mengenang perjalanan 20 tahun yang dilalui bersama suami.
Pelantun lagu Biarlah Rahsia ini menyifatkan tempoh tersebut sebagai perjalanan yang penuh dengan cabaran.
Dalam masa yang sama, dia juga berharap agar perkahwinan mereka diberkati hingga ke syurga.
21 August 2006 – 21 August 2026.
Alhamdulillah, 20 tahun yang penuh cabaran. Semoga Allah SWT berkati sampai Jannah.
Pada 21 Ogos 2006, Siti Nurhaliza selamat mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Sumber: Threads








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)