
Pasangan selebriti, Amira Othman dan Fattah Amin, tetap dengan pendirian untuk mengambil tindakan terhadap individu di sebalik akaun ‘Musang Berjanggut’ dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Hilang Sabar, Dakwa Akaun ‘Musang Berjanggut’ Sebar Fitnah Melampau – ‘Dah Tiba Masa Kita Semua Report’
Artikel Berkaitan: Kamal Adli Sokong Fattah Amin Ambil Tindakan Terhadap Akaun ‘Musang Berjanggut’
Tak tarik report
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Amira memaklumkan bahawa dia bersama Fattah tidak pernah menarik semula laporan terhadap akaun tersebut.
Menurut penyanyi lagu Hati-Hati itu, laporan berkenaan turut dibuat bagi mengenal pasti identiti individu di sebalik akaun ‘Musang Berjanggut’ tersebut.
Kami tidak pernah menarik laporan.
Kami tidak akan menarik laporan sebab kami pun nak tahu siapa Musang yang nampak sangat berani berselindung di sebalik akaun palsu.
Bercakap perkara-perkara tidak elok. Saya baca pun seram. Tak takut ke pada Allah?
Sementara itu, Amira berkata mereka turut bersemuka dengan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bagi membincangkan usaha menangani isu buli siber yang telah berlarutan selama bertahun-tahun.
Kami turun dan naik buat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah berjumpa dengan Fahmi untuk menangani isu ini.
Bukankah isu buli siber ini harus dibanteras?
Selagi tidak ada mechanism yang dicipta untuk selesaikan semua ini selagi itulah tidak akan selesai dan makin berleluasa sebab akaun palsu ini tidak takut kerana Malaysia tiada tindakan tegas.
Bagaimanapun, kata Amira respons yang diterima agak mengecewakan apabila suruhanjaya berkenaan hanya menasihatkannya supaya tidak melayan komen negatif.
Hujung-hujung mereka cakap jangan baca sahaja. Kami kalau tak baca dan tak respons pun rasanya akan menjadi semakin melampau.
Takut akan memudaratkan mental dan emosi sesiapa sahaja yang kena.
Dalam pada itu, Amira turut berharap agar isu ini mendapat perhatian daripada pihak berkuasa supaya dapat diselesaikan dengan sebaiknya.
Terdahulu, Fattah tampil bersuara susulan satu akaun di Threads yang didakwa mengandungi pelbagai fitnah dan tuduhan melampau terhadap dirinya.
Sumber: Threads






