Hantaran terkini yang dimuat naik oleh penyanyi Amira Othman di media sosial mengenai cahaya matanya telah menyorot perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: Fattah Amin Titip Doa Buat Jarir Umar, Netizen Teruja Tengok Rambut Lebat – ‘Ikut Keluarga Belah Mummy’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bersalin Normal Atau Czer, Itu Pengorbanan Seorang Isteri & Ibu..Mereka Bertarung Nyawa’ – Fattah Amin 

Gambar bertiga

Menerusi hantaran di Instagram Story, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 33, memuat naik foto bersama suami, Fattah Amin dan cahaya mata mereka Muhammad Jarir Umar.

Penerbangan Jarir yang pertama.

Jarir teman daddy dan mommy pergi Singapura.

Sementara itu, di platform Threads, peminat meluahkan rasa teruja apabila kali pertama dapat melihat foto mereka bertiga bersama.

MasyaAllah, akhirnya dapat tengok gambar bertiga. Semoga Allah permudahkan urusan keluarga kecil ini dan kita semua.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet senang hati melihat kecomelan Jarir dan mendoakan agar pasangan selebriti ini sentiasa bahagia serta dilindungi Allah SWT.

Terdahulu, Fattah dan Amira selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 23 Jun lalu.

Untuk rekod, Fattah dan Amira disatukan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang.

Sumber: Threads