Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berkongsi pengalaman ketika berada di Singapura apabila anaknya, Nik Muhammad secara tidak sengaja muntah di dalam sebuah kenderaan e-hailing yang dinaiki mereka sekeluarga.

Artikel Berkaitan: #ThrowbackXTRA: ‘Sampai Sekarang Saya Rasa Mereka Kecewa’- Nabila Razali Masih Dihantui Insiden Terkucil Di Pentas AJL35

Artikel Berkaitan: Ambil Cuti Sehari Selepas AJL35, Nabila Razali Akui Terkilan Ada Rakan Artis ‘Cakap Belakang’

Anak muntah dalam grab

Menerusi satu hantaran di Threads, Nabila memaklumkan pemandu e-hailing berkenaan mengenakan caj sebanyak kira-kira RM474 bagi tujuan membersihkan kenderaan tersebut.

Hello orang Singapura, saya nak bertanya sahaja. Berapa harga untuk mencuci kereta di sini ya?

Tadi Muhammad muntah dalam kereta, orang Grab itu kenakan caj 150 Singapore Dollar (RM474.34).

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Peluang Kedua itu mengakui terkejut kerana merasakan jumlah caj yang dikenakan agak tinggi.

Mahal juga cuci kereta di sini ya.

Perkongsian Nabila kemudian mencuri perhatian wargamaya apabila ramai tampil berkongsi pandangan mengenai caj yang dikenakan oleh pemandu e-hailing tersebut.

Rata-rata menjelaskan bahawa bayaran berkenaan bukan sekadar kos mencuci kereta, sebaliknya turut mengambil kira kerugian pendapatan yang ditanggung pemandu kerana terpaksa menghentikan operasi buat sementara waktu bagi membersihkan kenderaan sebelum boleh menerima penumpang lain.

Harga termasuk loss of income. Sebab driver kena guna masa untuk cuci atau buat deep wash kereta. Masa yang digunakan itu dia tak boleh terima next passenger. Tapi kalau exactly berapa, itu kita pun tak pasti.

Malah, ada juga yang berpendapat kadar caj berkenaan bergantung kepada polisi syarikat e-hailing serta tahap kekotoran yang berlaku, terutama jika kenderaan memerlukan cucian menyeluruh.

Sumber: Threads