
Perkongsian seorang wanita mengenai telatah ibu mentuanya selepas pengagihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengundang perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: 10 Sorotan Utama Belanjawan 2026, STR & SARA Jadi Tumpuan Rakyat
STR anak

Menurut individu itu, keluarganya menerima bantuan STR berjumlah RM300.
Bagaimanapun, apa yang mengejutkan adalah apabila ibu mentuanya secara terbuka meminta bahagian daripada duit bantuan tersebut.
Tidak berdiam diri, suaminya yang juga anak kandung kepada wanita warga emas itu terus membidas tindakan ibunya memandangkan mereka juga mempunyai komitmen yang perlu didahulukan.
Kami sekeluarga dapat RM300, selepas itu mak mentua cakap dengan suami saya, ‘Kot la nak bagi ke belanja apa-apa ke dekat kami ni bila dapat STR’.
Kemudian, suami saya terus cakap, ‘Mak tu pun dapat RM300, nak kalut kami punya kenapa? Kami ni nak beli barang baby lagi’.
Kata wanita itu, walaupun suaminya itu tidak memiliki gaji yang besar namun dia tidak pernah culas membayar bil elektrik dan air untuk kedua-dua ibu bapanya.
Menurutnya, suaminya telah melakukan pelbagai perkara untuk membantu kedua-dua ibu bapanya, namun segala usahanya seolah-olah tidak dihargai kerana dia tidak menghulurkan wang secara fizikal.
Suami saya gaji tidak besar. Kadang-kadang tak bagi duit dekat ibu bapa dia tapi dari sebelum kahwin sampai sekarang tak pernah miss bayar bil api, air dan wifi yang digunakan oleh kedua ibu bapanya.
Setiap bulan belikan data internet untuk ibu bapanya. Kadang-kadang MyKasih pun dia bagi sahaja ibu dia guna.
Mungkin betul la orang cakap, ada orang tua ni selagi tak bagi dalam bentuk duit, dia takkan nampak benda-benda yang dalam talian kita uruskan.
Kesian suami saya, dia selalu cakap dia penat.
Sumber: Threads








