Pelakon, Anna Jobling mengakui dirinya bukan seorang yang gemar berbelanja secara berlebihan sebaliknya lebih berhati-hati dalam menguruskan kewangan dan membuat pertimbangan sebelum berbelanja.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anna Jobling Minta Persetujuan Sebelum Babak Romantik, Hormati Status Jazmy Juma Sebagai Suami

Artikel Berkaitan: Anna Jobling Tak ‘Rushing’ Nak Kahwin, Akui Jatuh Cinta Dengan Personaliti Karel Susanteo

Bukan boros

Ketika ditemui OhBulan!, Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 26, bagaimanapun mengakui dirinya mempunyai minat terhadap koleksi barang kemas.

Saya bukan jenis individu yang boros. Saya tidak suka membelanjakan duit kepada perkara yang saya rasa tidak begitu diperlukan.

Lebih baik kumpul aset, saya suka beli emas dan gemar bersedekah. Itu nombor satu bagi saya, sama ada kepada orang lain, haiwan, ahli keluarga atau kawan-kawan.

Anna berkata demikian ketika ditemui selepas pertunjukan fesyen KLFW X Tomei Collection bersempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026, pada petang Jumaat.

Menurut pelakon drama Yes! Captain Zul Aaryan itu, dia sering meletakkan kehendak sering di tempat terakhir kerana sering mengutamakan keperluan orang lain.

Saya rasa saya lebih mengutamakan orang lain. Kalau nak beli sesuatu pun buat diri sendiri, saya akan fikir dua, tiga, empat, lima kali sebelum membeli apa-apa.

Ketika ditanya mengenai aset yang dimilikinya, Anna memilih untuk tidak berkongsi lanjut menyifatkan perkara berkenaan sebagai hal peribadi yang tidak perlu didedahkan kepada umum.

Dalam perkembangan lain, Anna sekali lagi menjadi pilihan Tomei untuk meneruskan peranannya sebagai duta jenama bagi tempoh dua tahun.

Penampilannya di KLFW cukup mencuri perhatian apabila tampil anggun menggayakan koleksi barang kemas ikonik Tomei bernilai lebih RM225,000.

Anna tampil penuh gaya dengan padanan rantai leher, gelang tangan, cincin dan subang daripada koleksi Emerald & Sapphire, yang menonjolkan pesona batu zamrud dan nilam sekali gus menyempurnakan penampilannya.

Koleksi istimewa ini bukan sekadar aksesori, sebaliknya melambangkan keyakinan diri dan ekspresi seorang wanita.

Saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini kerana ini juga merupakan penampilan sulung Tomei di pentas Kuala Lumpur Fashion Week.