
Pencipta kandungan, Ubai MZ meluahkan rasa syukur apabila kisah hidup isterinya yang juga penyanyi, Shila Amzah mendapat perhatian dan pujian selepas diangkat sebagai sebuah dokumentari oleh media China.
Artikel Berkaitan: Ubai Buat Servis Hantar Barang Raih Pujian – ‘Baguslah Walaupun Dah Kahwin Dengan Shila’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Teruja Konsert Di China Dihadiri Pengarah Program Nyanyian ‘I Am Singer’
Bangga
View on Threads
Menurut Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 28, setiap pasang surut yang dilalui Shila dalam kehidupannya pasti hadir bersama hikmah tersendiri.
Katanya, apa yang dikongsikan menerusi dokumentari itu hanyalah sebahagian kecil daripada kisah hidupnya.
Alhamdulillah, ada hikmah untuk segala yang telah dilalui.
Apa yang dipaparkan hanyalah sebahagian kecil daripada sebuah perjalanan, masih ada 90 peratus lagi cerita yang belum dikisahkan.
Dalam pada itu, Ubai turut menzahirkan sokongan buat Shila, selain mendoakan agar isterinya terus kuat dalam menghadapi setiap cabaran dan dugaan yang mendatang.
Apa-apa pun semoga terus kuat menghadapi dugaan. Kami sentiasa menyokong.
Sebelum ini, seorang individu berkongsi klip dokumentari mengenai kisah hidup Shila yang diterbitkan oleh media dari China.
Dokumentari itu mengisahkan perjalanan hidup Shila yang penuh dengan pelbagai dugaan, termasuk dakwaan menjadi mangsa penderaan, masalah keluarga dan pelbagai cabaran lain.
Sumber: Threads








