Pempengaruh Ahmad Aslam membuat kejutan istimewa buat isterinya, Umisya Mazlan sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Artikel Berkaitan: Umisya Mazlan Rehat Daripada Timang Cahaya Mata, Seloroh Aslam ‘Target’ 15 Orang

Artikel Berkaitan: ‘Ada Yang Menilai Terlerainya Sangkar, Namun Tak Pernah Tahu Mengapa Burung Memilih Terbang’ – Aslam

Ucapan buat Umisya

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ahmad Aslam atau nama penuhnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, dilihat melakukan persiapan ringkas sebagai tanda penghargaan buat Umisya.

Pada hantaran sama, Aslam turut menghadiahkan seutas bangle bernilai hampir RM8,000 kepada Umisya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Selain itu, Aslam turut menitipkan pesanan ringkas buat Umisya yang disifatkan sebagai seorang isteri yang banyak bersabar sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama.

Selamat ulang tahun perkahwinan kepada isteri saya.

Terima kasih kerana banyak bersabar.

Doa netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang bahagia melihat keluarga tersebut kembali bersama serta berharap kebahagiaan mereka berkekalan.

Sumber: TikTok @aslam