Pempengaruh dan usahawan Asyallie berkongsi pandangan mengenai rutin penjagaan diri yang diamalkannya bagi memastikan penampilan sentiasa terjaga.

Artikel Berkaitan: ‘Sedih Bila Ada Bandingkan EXO & BTS, Tak Perlu Puji Satu Kumpulan Dengan Cara Merendahkan Yang Lain’ – Asyalliee

Artikel Berkaitan: Asyalliee Nafi Dakwaan Jadi Kaki Buli Di Sekolah – ‘Tunjukkan Diri Kamu Wahai Pemfitnah’

Penjagaan diri

Menerusi perkongsian di Threads, Asyallie berpendapat bahawa usaha untuk mengekalkan kecantikan memerlukan disiplin dan tidak boleh dilakukan secara sambil lewa.

Menurutnya, walaupun pulang ke rumah pada lewat malam dia tetap akan memastikan rutin kebersihan diri diselesaikan terlebih dahulu sebelum tidur.

Nak kekal cantik memang kena rajin, tak boleh malas langsung.

Walaupun balik rumah lambat pukul dua pagi tetap kena mandi, gosok gigi dan floss. Bersihkan solekan dan diikuti lima langkah penjagaan kulit.

Penjagaan rambut pun sama, dan selepas itu penjagaan badan pula.

Walaupun mata dah tak boleh buka dah, semuanya kena diuruskan sebelum tidur.

Dalam pada itu, Asyallie turut berpendapat bahawa kecantikan luaran perlu disertai dengan keperibadian yang baik kerana penampilan semata-mata tidak mencukupi.

Sebab nak kekal cantik, kena bermula dengan kebersihan dulu dan perangai pun kena seiring juga.

Sumber: Threads @asyalliee