Pengacara, Uyaina Arsyad menyorot perhatian apabila memuat naik satu hantaran yang dipercayai ditujukan kepada individu yang didakwa telah menyakitinya.

Artikel Berkaitan: ‘Melahirkan Ikut Tingkap Memang Dipandang Rendah Ke?’ – Uyaina Arshad Kecewa Persepsi Negatif Bersalin Czer

Artikel Berkaitan:  [VIDEO] Uyaina Arshad Perjelas Hantaran Tentang ‘Pejuang Garis Satu’ – ‘Bukan Nak Bandingkan Siapa Lebih Teruk Atau Siapa Lebih Derita’

Hidup ibarat roda

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, meluahkan rasa syukur kerana ada insan yang sentiasa berada di sisi ketika dia berdepan saat-saat sukar.

Bagaimanapun, Uyaina berkata, dia juga tidak akan melupakan mereka yang memilih untuk menjauhkan diri di saat dia memerlukan bantuan.

Saya tidak akan lupa siapa yang menolong saya di saat saya susah dan siapa yang biarkan saya lemas di saat kesusahan.

Uyaina turut mengingatkan kehidupan ibarat roda yang sentiasa berputar, justeru setiap perbuatan pasti akan menerima balasannya suatu hari nanti.

Hidup adalah kitaran. Awak buat jahat dekat orang, yang jahat juga awak akan dapat.

Masa yang akan menentukan bila balasan awak akan terima.

Cepat atau lambat saja.

Sumber: Threads