
Hantaran yang dikongsikan oleh usahawan dan personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim mengenai anak sulungnya, Rina telah mengundang pelbagai reaksi dan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
Artikel Berkaitan: Ryzal Ibrahim Bersyukur Maryam Bukan ‘High Class’ – ‘Nilai Setia Lebih Berharga Daripada Seluruh Kekayaan Dunia’
Artikel Berkaitan: Ryzal Ibrahim Kongsi Tips Ajar Anak Solat – ‘Bawa Pergi Masjid, Biasakan Mereka Lihat Ibadah Di Sana’
Hantaran Ryzal

Menerusi hantaran di Threads, Ryzal atau nama lengkapnya Nik Muhamad Rizal Nik Ibrahim, memuat naik sebuah video memaparkan anak perempuannya itu sedang memakai pakaian renang berwarna hijau.
Difahamkan Ryzal sekeluarga ketika ini sedang bercuti sempena menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama isteri, Maryam Younarae.
Datang sini nak raikan ulang tahun Omma dan Appa, dia pula terlebih melawa.
Komen netizen



Bagaimanapun, rata-rata warganet menasihati Ryzal supaya memadam hantaran berkenaan berikutan bimbang pihak tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan terhadap video anaknya.
Menurut warganet, pakaian renang tersebut tidak sesuai untuk dipakai oleh kanak-kanak seusia Rina kerana didakwa boleh menarik perhatian golongan pedofilia.
Tambah mereka, sebagai bapa Ryzal seharusnya tidak mendedahkan Rina berpakaian sedemikian kepada umum demi keselamatan anaknya.
Sumber: Threads







