
Peralihan daripada seorang pempengaruh media sosial kepada seorang pelakon sering kali dipandang sinis oleh peminat industri hiburan. Ramai yang melabel mereka sebagai ‘pelakon kayu’ dan mendakwa mereka hanya dipilih oleh penerbit semata-mata kerana mempunyai jumlah pengikut yang ramai.
Namun, tidak semua pempengaruh hanya bersandarkan rupa dan populariti. Berbekalkan usaha, kelas lakonan, dan bakat semula jadi, 6 individu ini berjaya menepis stigma negatif dan membuktikan mereka sememangnya layak berada di layar perak dan kaca televisyen!
Artikel Berkaitan: Populariti Sebagai Pempengaruh Bukan Tiket Automatik Jadi Pelakon, Imranul Effendy Terus Asah Bakat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Chacha Maembong Pernah Tegur Pelakon Baru, Sikap Tak Profesional Di Set – ‘Datang Lambat Tapi Tiada Kata Maaf’
6 pempengaruh berjaya bergelar pelakon
1. Norreen Iman: Dari ‘Bebelan’ Kelakar ke Watak Serba Boleh
Siapa yang tidak kenal dengan Norreen Iman? Bermula dengan video-video membebel yang sangat relatable dan komedi spontan di Instagram dan TikTok, Norreen pantas mencuri hati netizen. Apabila dia mula melangkah ke dunia lakonan, ramai yang menyangka dia hanya mampu membawa watak komedi ringan.
Norreen membuktikan dia bukan sekadar ‘pelawak’. Lakonannya sangat semula jadi, terutamanya apabila membawa watak rakan baik yang sentiasa menyokong. Lebih mengejutkan, apabila dia diberi babak air mata dan emosi, Norreen berjaya membuatkan penonton turut sama merasai kesedihannya.
Antara drama terkenal yang dilakonkan oleh Noreen adalah Rindu Awak Separuh Nyawa, Pelindung Seorang Puteri, Filem Gila Gusti.
2. Sharifah Rose: Bukti Usaha Mengalahkan Kritikan
Perjalanan Sharifah Rose dalam dunia lakonan bukanlah mudah. Bermula sebagai seorang Instafamous dan model fesyen Muslimah, penampilan sulungnya sebagai heroin dalam drama televisyen dikritik teruk. Netizen melabelkan lakonannya kaku dan tidak beremosi. Namun, bukannya melatah, Rose memilih untuk memperbaiki diri.
Kejayaan terbesar Rose adalah sikap tidak mudah putus asanya. Dia secara terbuka mengambil kelas lakonan secara profesional. Hasilnya, lakonannya semakin ‘hidup’, penyampaian dialognya lebih lancar, dan kini dia menjadi salah satu nama ruji untuk slot drama utama di televisyen.
Antara karya terbaik Rose adalah menerusi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Doa Yang Terlindung, dan Ku Punya Hati.
3. Ryan Bakery: Mengangkat Nostalgia Kampung ke Kaca TV
Ryan Bakery mencetuskan fenomena luar biasa di TikTok menerusi siri video komedi yang memfokuskan kepada nostalgia zaman persekolahan dan kehidupan budak kampung pada era 90-an dan awal 2000-an. Watak-wataknya yang memakai bedak sejuk dan baju sekolah comot sangat dekat di hati rakyat Malaysia.
Ryan mempunyai aura komedi yang tidak dibuat-buat. Apabila dia membawa karakternya ke skrin yang lebih besar, dia berjaya mengekalkan identiti lucunya tanpa kelihatan kekok. Dia membuktikan komedi jujur dari hati mampu menewaskan skrip yang meleret.
Bukan sahaja bergelar pelakon, Ryan turut mencuba kerjaya sebagai seorang pengarah filem pendek seperti Budak Bedak The Series dan Raya Dipelukan Mak.
4. Asif Suhaimi & Yoe Parey: Fenomena Luar Biasa Bintang YouTube
Walaupun bermula dari YouTube di bawah arahan Syahmi Sazli, senarai ini tidak lengkap tanpa menyebut duo ikonik Asif dan Yoe. Bermula dengan drama spontan yang berkisarkan ragam harian, mereka mengumpulkan jutaan tontonan.
Walaupun Asif dan Yoe merupakan golongan istimewa (OKU), bakat lakonan bersahaja mereka berjaya mencetak sejarah. Mael Totey The Movie berjaya memecahkan rekod kutipan box-office di Astro First. Mereka membuktikan bahawa dalam dunia lakonan yang sebenar, kejujuran dan karakter yang kuat lebih berharga daripada rupa paras yang sempurna.
5. Imranul Effendy: Dari ‘Content’ Kreatif TikTok ke Cabaran Watak Sebenar
Bagi pengikut setia TikTok, nama Imranul tidak asing lagi menerusi lambakan video-video kreatif dan gaya penyampaiannya yang unik. Peralihannya ke dunia lakonan mendapat perhatian kerana kemampuannya membawa aura bersahaja yang dimilikinya di media sosial ke dalam watak yang dilakonkan di skrin televisyen.
Imranul kini memegang watak sebagai Muhsin dalam hero drama bersiri Tonton Vertical Bru: Masin & Manis, selain turut muncul dalam filem Nar Sata’ Sekutu Satan.
Gelaran ‘pempengaruh’ bukanlah tiket emas untuk terus berjaya dalam bidang lakonan, namun ia juga bukanlah satu ‘jenayah’ jika mereka ingin mencuba nasib. 6 individu di atas membuktikan dengan kritikan yang membina, kelas lakonan yang berterusan, dan kesungguhan, bakat dari media sosial mampu bersinar terang di layar perak!





![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
