Singgah ke Pos Malaysia untuk membayar bil, memperbaharui cukai jalan, membeli insurans kenderaan atau menghantar bungkusan sudah menjadi rutin ramai rakyat Malaysia.

Kini, urusan harian tersebut bukan sahaja lebih mudah dengan pembayaran tanpa tunai, malah turut membuka peluang untuk anda membawa pulang hadiah menarik.

Menerusi kempen ‘Scan & Tap to Win A Year of Free Bills’, Pos Malaysia bersama PayNet menawarkan hadiah bernilai lebih RM200,000 kepada pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan DuitNow QR atau MyDebit. Kempen ini berlangsung dari 27 Julai 2026 hingga 31 Oktober 2026.

Hanya bayar seperti biasa, terus layak sertai kempen

Menyertai kempen ini cukup mudah. Korang hanya perlu berbelanja atau membuat transaksi minimum RM100 di cawangan Pos Malaysia menggunakan DuitNow QR atau MyDebit, atau perbaharui insurans kenderaan secara online di insurance.pos.com.my.

Lebih menarik, tiada sebarang pendaftaran diperlukan. Simpan sahaja resit transaksi kerana setiap pembayaran yang layak akan didaftarkan secara automatik.

Kempen ini bukan terhad kepada pembayaran bil sahaja. Pelbagai urusan harian di Pos Malaysia turut layak, termasuk pembayaran utiliti, pembaharuan cukai jalan, pembelian insurans kenderaan, penghantaran bungkusan, penghantaran antarabangsa, pembelian setem dan barangan terpilih dan pelbagai jenis transaksi lagi.

Hadiah bernilai lebih RM200,000 menanti pemenang

Apa yang membuatkan kempen ini istimewa ialah hadiah yang ditawarkan benar-benar memberi manfaat kepada kehidupan seharian.

Seramai enam pemenang bakal membawa pulang hadiah utama berupa bil PERCUMA setahun, dengan nilai sehingga RM1,750 sebulan.

Selain itu, terdapat 150 pemenang hadiah bulanan yang akan menerima baucar tunai bernilai RM350, manakala 180 pemenang hadiah sagu hati pula akan menerima baucar tunai bernilai RM150.

Dapat penyertaan bonus untuk transaksi tertentu

Peluang untuk menang juga boleh ditingkatkan menerusi Penyertaan Bonus.

Pelanggan yang membeli insurans kenderaan dengan transaksi minimum RM500 akan menerima enam penyertaan, manakala transaksi penghantaran antarabangsa bernilai minimum RM150 pula melayakkan pelanggan menerima dua penyertaan.

Lebih banyak transaksi yang layak, lebih tinggi peluang korang untuk membawa pulang hadiah.

Tukar pembayaran harian kepada peluang menang

Jika korang memang merancang untuk perbaharui insurans kenderaan secara online, atau singgah ke cawangan Pos Malaysia bagi menguruskan urusan harian, apa kata pilih pembayaran menggunakan DuitNow QR atau MyDebit.

Selain lebih cepat dan mudah, setiap transaksi minimum RM100 yang layak sepanjang tempoh kempen berpotensi membawa korang memenangi bil PERCUMA setahun atau hadiah tunai lain yang ditawarkan.

Kempen ‘Scan & Tap to Win A Year of Free Bills’ berlangsung dari 27 Julai 2026 hingga 31 Oktober 2026. Kunjungi Pos Malaysia berhampiran dan lakukan pembayaran menggunakan DuitNow QR atau MyDebit, atau buat pembaharuan insurans kenderaan secara dalam talian untuk merebut peluang untuk menang.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini.

*Tertakluk pada Terma & Syarat. DuitNow QR dan MyDebit merupakan perkhidmatan daripada PayNet.