
Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan didakwa menjadi mangsa serangan seksual jirannya dalam satu kejadian di Uttar Pradesh, India.
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Saksi Wanita Jadi Mangsa Gangguan Seksual Di Pusat Rawatan
Artikel Berkaitan: Guru Agama Didakwa Cabul 50 Pelajar, Buat Aksi Terkutuk Di Sebelah Bilik Isteri – ‘Dia WhatsApp Ajak Teman Tidur’
Bayi 3 bulan jadi mangsa serangan seksual

Memetik laporan Times Of India, suspek, 35, yang dikenali sebagai Jetendra melakukan perbuatan jijik itu ketika ibu mangsa sedang memasak, manakala bapanya melakukan kerja-kerja rumah.
Suspek yang mengenali keluarga mangsa dikatakan masuk ke rumah sebelum bermain dengan bayi berkenaan dan membawanya keluar.
Kira-kira 30 minit kemudian, suspek kembali dan meletakkan bayi itu di atas katil sebelum meninggalkan rumah.
Bagaimanapun, ibu mangsa mula mengesyaki sesuatu selepas mendapati bayinya menangis tanpa henti.
Pemeriksaan kemudian mendapati terdapat pendarahan pada bahagian sulit bayi sebelum keluarga segera membawanya ke hospital.
Susulan laporan yang dibuat oleh ibu bapa mangsa, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
Sumber: Times Of India







