
Bekas suami kepada pelakon dan model Zahnita, Abdul Zackery Ghouse, akhirnya memperoleh hak penjagaan kekal terhadap anak-anak hasil kerjasama yang diberikan oleh bekas isterinya.
Artikel Berkaitan: Zahnita Dakwa Suami Beri Syarat Tarik Laporan Kes Pukul Jika Mahu Bercerai – ‘Dia Cuba Tunjukkan Dia Tak Bersalah’
Artikel Berkaitan: ‘Suami Dia Percaya Zahnita Letak Dad*h Dalam Makanan, Mata Dia Bukan Kena Tumb*k’ – Bekas Rakan Kongsi Dakwa Zahnita Putar Belit?
Hak penjagaan anak-anak

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Zackery menjelaskan bahawa penulisannya itu hanya bertujuan membersihkan namanya tanpa sebarang niat untuk menyerang atau menuding jari terhadap mana-mana pihak.
Menurut Zackery, Zahnita menyerahkan hak penjagaan kekal anak-anak kepadanya menerusi prosiding mahkamah selepas difahamkan meninggalkan mereka ketika sambutan Aidilfitri lalu.
Saya menulis kenyataan ini bagi membersihkan nama serta menamatkan segala salah faham dan fitnah yang pernah dilemparkan terhadap saya.
Untuk pengetahuan semua, memandangkan saya sering diajukan soalan mengenai perkara ini, saya dan bekas isteri telah sah bercerai hampir setahun yang lalu. Sebagai penjelasan, perceraian kami telah dimuktamadkan pada Ogos tahun lalu.
Berhubung perkongsian ini, bekas isteri telah meninggalkan anak-anak bersama saya ketika sambutan Aidilfitri yang lalu. Selepas kejadian itu, secara rasmi dia menyerahkan hak penjagaan anak-anak kepada saya melalui prosiding di mahkamah.
Bersama kenyataan ini, saya sertakan hak penjagaan kekal dan sepenuhnya diberikan kepada saya selepas dia sukarela menyerahkan serta melepaskan hak penjagaan tersebut.
Fokus besarkan anak-anak

Dalam pada itu, Zackery menzahirkan rasa syukur kerana kini diberi amanah sebagai penjaga utama anak-anak selain berharap segala persepsi negatif terhadap dirinya sebagai seorang suami dan bapa dapat dihentikan.
Mengulas lanjut, bekas suami kepada pelakon berusia 41 tahun itu berkata, keutamaannya kini adalah untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik serta membesar dalam persekitaran yang selamat.
Alhamdulillah, kini kesemua anak saya berada di bawah jagaan penuh saya. Saya berharap bukti hitam putih daripada mahkamah ini dapat menamatkan segala dakwaan dan naratif tidak benar yang sebelum ini cuba mencemarkan reputasi saya sebagai seorang bapa dan suami. Hakikat yang sebenar telah pun diputuskan melalui saluran undang-undang.
Selepas ini, tumpuan utama saya adalah untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik, kehidupan yang selamat dan selesa, di samping membina kehidupan yang lebih baik serta tenang untuk diri sendiri.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa mengetahui perkara sebenar dan terus memberikan sokongan kepada saya.
Kenyataan ini tidak bertujuan menyerang, memprovokasi atau menyasarkan mana-mana individu. Ia dibuat semata-mata bagi menjelaskan fakta, melindungi reputasi saya serta menutup isu ini dengan penuh hormat.
Terdahulu, suami Zahnita mendakwa dirinya merupakan mangsa sebenar keganasan rumah tangga.
Bukan itu sahaja, Zackery mendakwa tuduhan dia bersikap kasar dan memukul Zahnita sama sekali tidak benar sebaliknya dia bertindak mempertahankan diri daripada perlakuan ganas isterinya itu.
Tambah Zackery, sepanjang 20 tahun hidup bersama, dia terpaksa bertahan dengan sikap Zahnita yang sentiasa minta untuk diceraikan
Sumber: Instagram @zackery_g





![[VIDEO] Lebih 100k Tonton ‘Live’ Suami MUA Bellaz Pulang Dari RXZ Members 8.0](https://asset.ohbulan.com/2026/08/mua-bella1.jpg)


