Nak sambung belajar memang nampak macam satu perkara yang menyeronokkan. Tapi bila dah tiba masa nak betul-betul buat keputusan, ramai pula yang mula rasa blur.

Ada yang masih keliru tentang proses permohonan, ada juga yang tak pasti nak mula dari mana.

Kalau korang pun berada dalam situasi yang sama, jangan risau. Ini antara perkara yang ramai orang selalu terlepas pandang sebelum buat keputusan besar tentang masa depan.

“Aku dah layak ke sebenarnya?”

Ini mungkin persoalan yang paling banyak bermain dalam fikiran bakal pelajar.

Ada yang dah target kursus impian, tapi masih tak pasti sama ada keputusan akademik yang ada sekarang cukup untuk memenuhi syarat kemasukan. Ada juga yang takut tersalah pilih kursus sebab kurang faham tentang laluan pengajian atau proses permohonan.

Disebabkan terlalu banyak tanda tanya, ada yang akhirnya tangguh dulu hasrat nak sambung belajar. Lebih teruk lagi, ada yang terus tak cuba sebab dah fikir awal-awal mereka tak layak.

Padahal, mendapatkan kepastian lebih awal boleh membantu korang buat keputusan dengan lebih yakin dan elakkan terlepas peluang yang sebenarnya sesuai dengan kelayakan sendiri.

Google memang boleh bagi jawapan, tapi belum tentu jawapan yang tepat untuk situasi korang

Bila ada persoalan, perkara pertama yang ramai akan buat mestilah Google.

Lepas tu sambung pula baca pengalaman orang dekat forum atau TikTok. Memang tak salah nak cari rujukan, tapi apa yang sesuai untuk orang lain belum tentu sesuai dengan situasi korang.

Setiap orang datang dengan keputusan akademik, pengalaman dan matlamat yang berbeza. Jadi, jawapan yang korang perlukan pun mungkin tak sama.

Sebab itu, kalau ada peluang untuk tanya terus kepada pihak universiti, lebih baik manfaatkan. Korang boleh semak kelayakan, faham syarat kemasukan dan dapatkan penjelasan berdasarkan situasi sendiri, bukannya sekadar bergantung pada pengalaman orang lain.

Dah bersedia nak mohon? Application Day boleh bantu mudahkan proses itu

Kalau korang dah nekad nak sambung pengajian di peringkat undergraduate, tak perlu lagi pening fikir langkah seterusnya.

Melalui Monash University Malaysia Application Day, korang boleh berjumpa dengan kaunselor akademik untuk mendapatkan konsultasi, menyemak kelayakan berdasarkan keputusan semasa dan memahami syarat kemasukan bagi program yang diminati.

Bukan itu saja, korang juga boleh mendapatkan bantuan sepanjang proses permohonan secara bersemuka. Jadi, kalau ada apa-apa yang tak jelas, semuanya boleh terus ditanya pada hari tersebut.

Lebih mudah, lebih jelas dan yang paling penting, korang boleh buat permohonan dengan lebih yakin.

Dah bekerja tapi rasa dah sampai masa untuk ‘upgrade‘?

Kalau korang dah beberapa tahun bekerja, mungkin pernah juga terfikir nak sambung Master atau PhD.

Mungkin sebab nak tambah kemahiran, buka peluang kenaikan pangkat atau nak beralih ke bidang yang baru. Tapi dalam masa yang sama, mesti ada persoalan seperti program mana yang sesuai, macam mana proses kemasukan atau sama ada pengajian itu benar-benar berbaloi untuk kerjaya.

Kalau itulah yang bermain dalam fikiran korang, Monash University Malaysia PEAK Info Day adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan jawapan.

Di sini, korang boleh berbincang secara terus dengan ahli akademik tentang program Master dan PhD yang ditawarkan, syarat kemasukan, pilihan pembiayaan serta bagaimana program tersebut boleh membantu perkembangan kerjaya pada masa akan datang.

Dah bersedia ke? Ini masa untuk korang ambil langkah seterusnya! 

Tak kira sama ada korang baru nak melangkah ke alam universiti ataupun sedang merancang untuk menyambung pengajian di peringkat Master atau PhD, jangan biarkan persoalan yang ada menghalang korang daripada membuat keputusan.

Kalau masih ada perkara yang korang nak tahu, inilah masa yang sesuai untuk dapatkan jawapan secara terus.

Jangan lupa hadir ke Monash University Malaysia pada 15 Ogos 2026, dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang, dan dapatkan jawapan kepada persoalan korang sebelum membuat keputusan.

Berminat untuk pengajian undergraduate? Daftar untuk Application Day di sini: https://www.monash.edu.my/application-day.

Kalau korang nak ketahui lebih lanjut tentang pengajian Master atau PhD, daftar untuk PEAK Info Day di sini: https://www.monash.edu.my/peak-info-day.

Jumpa korang di sana!