Pereka fesyen dan usahawan, Datuk Jovian Mandagie tampil menjelaskan dakwaan segelintir netizen yang menyangka dia memiliki tatu pada tubuhnya.

Artikel Berkaitan: Jovian Mandagie Kongsi Pengalaman Kali Pertama Sertai Hyrox – ‘Alami Kekejangan, Masa Tu Ingat Dah Tak Boleh Teruskan’

Bukan tatu asli

Menerusi hantaran di Instagram, Jovian berkongsi beberapa keping foto ketika menyertai pertandingan sukan Hyrox yang berlangsung di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Perkongsian itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi apabila foto tanpa baju yang dimuat naik memperlihatkan beberapa corak menyerupai tatu pada bahagian dada, lengan dan belakang badannya.

Menjawab persoalan yang timbul, Jovian menjelaskan corak berkenaan bukan tatu asli, sebaliknya hanyalah tatu sementara yang menggunakan pelekat bercorak.

Penjelasan itu sekali gus menepis tanggapan segelintir pihak yang menyangka dia mencacah tatu pada tubuhnya.

Sebelum ini, Jovian turut berkongsi pengalaman pertamanya menyertai pertandingan Hyrox yang disifatkan cukup mencabar, malah mengakui berdepan beberapa insiden sepanjang mengharungi acara berkenaan.

Sumber: Instagram