Pempengaruh, Che Sayang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) dalam tempoh tiga bulan.

Artikel Berkaitan: Che Sayang Terima Teguran – ‘Saya Bukan Dari Latar Belakang Masakan, Akan Lebih Teliti’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Che Sayang Dikecam Guna Bahan Ringkas Buat Cottage Pie, Netizen Tampil ‘Back Up’ & Minta Teruskan Berkongsi

Hilang 20kg

View on Threads

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Che Sayang atau nama sebenarnya Abdul Qayyum Halid memaklumkan dia mengamalkan tiga jenis senaman sebagai usaha menurunkan berat badan.

Menurut Che Sayang, dia tidak mengambil jalan pintas sebaliknya memilih untuk melalui proses yang konsisten demi mencapai berat badan ideal.

Selepas tiga bulan mengamalkan defisit kalori, latihan angkat berat dan mendaki bukit, akhirnya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram.

Pada hantaran yang sama, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap usaha Che Sayang sekali gus memberikan sokongan agar dia membuat kandungan ‘2 Minit 1 Senaman’.

2 Minit 1 Senaman

Sumber: Threads @chesayangkitchen