
Usahawan dan personaliti media sosial, Christy Ng, berjaya memperoleh ganti rugi RM180,000 menerusi saman fitnah yang difailkan terhadap pengendali akaun Threads dikenali sebagai ‘archnionverse’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kenapa Beli Palsu? Kalau Tambah Sikit, Dapat Original’ – Christy Ng
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Christy Ng Hantar LOD Kepada Individu Didakwa Cemar Nama Syarikat – ‘Saya Bukan Orang Yang Suka Menindas’
Menang saman fitnah
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Christy atau nama sebenarnya Christina Mei Mei Ng, 37, memaklumkan Mahkamah Tinggi telah memutuskan kemenangan berpihak kepadanya.
Selain itu, individu yang dikenali sebagai Vikneshvra turut diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah RM180,000 susulan dakwaan melampau yang dibuat terhadap Christy dan syarikatnya.
Masih ingatkah kes tuduhan melulu oleh @archnionverse? Aka Vikneshvra Rau A/L Jananegah.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Vikneshvra mengganti rugi sebanyak RM180,000 kepada kami susulan hantaran berunsur fitnah yang dibuat olehnya.
Kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas yang jujur dan membina. Namun, kami akan mengambil tindakan terhadap dakwaan palsu yang memudaratkan reputasi kami.
Tambah Christy, wang ganti rugi yang bakal dilunaskan oleh pelaku akan disalurkan sepenuhnya kepada badan kebajikan.
Dalam pada itu, Christy sempat menitipkan pesanan agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana setiap kata mampu mengundang padah kepada diri sendiri.
Dana ganti rugi akan disalurkan kepada badan kebajikan sekiranya berjaya dilunaskan olehnya, ini susulan pihak disana masih cuba menidakkan hukuman ini.
Kepada Vikneshvra/Archnionverse, semoga lebih berhati hati apabila berkata. Kerana mulut kita boleh binasa.
Terdahulu, individu terbabit yang didakwa menggunakan akaun palsu mendakwa Christy tidak menjaga kebajikan pekerja dan imej yang ditunjukkan pada awam adalah lakonan semata-mata.
Sumber: Threads @christyemilylove





![[VIDEO] Lebih 100k Tonton ‘Live’ Suami MUA Bellaz Pulang Dari RXZ Members 8.0](https://asset.ohbulan.com/2026/08/mua-bella1.jpg)


