Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo akhirnya sah bergelar suami kepada kekasihnya, Georgina Rodriguez selepas hampir sedekad menjalin hubungan.

Artikel Berkaitan: Cristiano Ronaldo Buktikan Pengkritik Silap, Ledak Dua Gol & Cipta Sejarah Baharu World Cup 2026

Artikel Berkaitan: Cristiano Ronaldo & Isteri Umum Seorang Bayi Kembar Mereka Meninggal Dunia

Cristiano Ronaldo kahwin selepas 10 tahun bercinta

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan secara sivil di Cascais, Portugal pada 11 Ogos 2026, yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan lima anak mereka.

Ronaldo, 41, turut berkongsi momen istimewa itu menerusi Instagram dengan memuat naik foto tangan mereka yang dihiasi cincin perkahwinan.

Difahamkan, perkahwinan itu berlangsung setahun selepas Georgina, 32, mengumumkan pertunangan mereka pada 11 Ogos 2025.

Untuk rekod, Ronaldo dan Georgina dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alana, 8, serta Bella, 4. Mereka turut membesarkan anak kembar Ronaldo, Eva Maria dan Mateo, 9, selain Cristiano Jr., 16, hasil hubungan terdahulu.

Pada April 2022, pasangan itu turut berkongsi berita mengenai kehilangan bayi lelaki mereka, Angel, yang merupakan kembar kepada Bella.

Ronaldo dan Georgina mula berkenalan pada 2017 ketika wanita itu bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah butik Gucci.

Hubungan mereka mula mendapat perhatian selepas membuat penampilan bersama di karpet merah Anugerah FIFA di Zurich pada Januari 2017 sebelum Ronaldo berkongsi foto bersama Georgina di Instagram beberapa bulan kemudian.

Sumber: The People