
Kadang-kadang, nak buat sesuatu yang baik tak perlu tunggu ada banyak masa atau sumber. Dengan sedikit masa, tenaga dan usaha, kita pun boleh beri impak kepada orang di sekeliling.
Atas semangat inilah EcoWorld melancarkan #AnakAnakMalaysia (#AAM) 2026 dengan tema #JOM satu seruan untuk rakyat Malaysia bersama-sama mengambil tindakan dan menyumbang kepada komuniti masing-masing.
Ada 4 fokus utama melalui inisiatif ini
Menerusi #JOM, kakitangan EcoWorld, pasukan projek, rakan kongsi, pelanggan dan komuniti digalakkan untuk mengenal pasti keperluan di kawasan masing-masing dan tampil membantu.
Memandangkan setiap komuniti mempunyai cabaran berbeza, inisiatif yang dijalankan juga akan disesuaikan mengikut keperluan setempat.
Antara empat fokus utama #JOM ialah:
- Pendidikan & Pembangunan Belia – sokongan pendidikan, bahan pembelajaran dan peluang untuk kanak-kanak serta pelajar.
- Kebajikan Sosial & Komuniti – membantu komuniti yang memerlukan dari segi keperluan asas, kehidupan dan peluang pendapatan.
- Keselamatan, Kesihatan & Kesejahteraan – program kesihatan serta sokongan kepada individu kurang upaya atau yang berdepan penyakit kronik.
- Kelestarian Alam Sekitar & Kebajikan Haiwan – usaha menjaga alam sekitar dan kebajikan haiwan.
Lebih daripada 50 pelajar sertai aktiviti pelancaran #JOM

Sempena pelancaran di GAMEON@ The Labs, Bukit Bintang City Centre (BBCC), seramai 50 pelajar dari Program Bantuan Pelajar (Students Aid Programme) Yayasan Eco World bersama guru mereka turut menyertai program khas sepanjang hari.
Pelbagai aktiviti seperti obstacle course dan permainan aktif menguji kemahiran menyelesaikan masalah serta kekuatan fizikal mereka.
Majlis tersebut turut menghimpunkan Team EcoWorld, pihak media serta barisan kepimpinan EcoWorld dan pengasas GAMEON.
Dari 2015, #AnakAnakMalaysia terus berkembang

Bagi yang tak familiar, #AnakAnakMalaysia telah dilancarkan pada 2015 sempena Merdeka dan Hari Malaysia bagi memupuk perpaduan, keharmonian masyarakat dan semangat komuniti.
Sepanjang lebih sedekad, kempen ini berkembang daripada gerakan gelang tangan kepada pelaksanaan pelbagai aktiviti termasuk #AnakAnakMalaysia Walk, duduk Fun Run & Bazaar di Eco Majestic, serta inisiatif komuniti di Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan Penang.
Kini memasuki dekad kedua, #AAM 2026 tampil dengan tema #JOM untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia bukan sekadar mengambil tahu, tetapi sama-sama turun padang dan buat sesuatu.
Jadi, #JOM buat perubahan bersama!
Tak semestinya perlu buat sesuatu yang besar.
Mungkin bermula dengan meluangkan masa, membantu jiran, menyokong komuniti setempat atau menyumbangkan kemahiran yang kita ada.
Menerusi #AAM 2026, Team EcoWorld di seluruh negara akan menjalankan pelbagai inisiatif #JOM mengikut keperluan komuniti masing-masing dalam beberapa minggu akan datang.
Sebab bila ramai orang #JOM buat sesuatu bersama-sama, kebaikan kecil pun boleh beri impak yang lebih besar






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
