
Pelakon dan usahawan, Syida Melvin meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa bekas suaminya, Syafiq Azim telah membuat laporan polis terhadapnya atas dakwaan menganiaya.
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Ada Rezeki Anak-Anak Merasa Duduk Di Rumah Sendiri’ – Syida Melvin
Artikel Berkaitan: Syida Melvin Anggap Perceraian Hadiah ‘Istimewa’ Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-30
Syida Melvin bayar tunggakan rumah RM20,000

Menerusi hantaran di Threads, Syida menganggap tindakan tersebut agak keterlaluan selain menyifatkan bekas suaminya itu seorang yang manipulatif.
Rupanya dah dicanang sampai ke balai polis yang kita aniaya dia ye selama ni. So orang nampak kita ni lah yang jahat ek, dasar Narsistik si manipulatif!
Sikit sikit nak involve polis dalam semua hal.
Berkongsi lanjut, Syida mendakwa bekas suaminya tinggal sendirian di rumah kelamin mereka sepanjang proses perceraian, namun gagal membayar bayaran kediaman selama tiga bulan.
Disebabkan itu, dia terpaksa melunaskan bayaran tersebut yang mencecah RM20,000.
Dia duduk sorang-sorang rumah tu sepanjang kes cerai berjalan, sengaja dia tak bayar sebab nak susahkan aku!
Tiga bulan tertunggak, last-last aku yang bayar. Bayar RM20,000 semata-mata untuk dia duduk sorang.
Sebelum ini, Syida mendedahkan dia bersama tiga anaknya kini menetap di kampung selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi tinggal di rumah kelaminnya di Shah Alam.
Syida berkata dia dan suami, Syafiq Azim sudah lima bulan tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.
Terdahulu, rumah tangga Syida dan Syafiq akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Rabu.
Pada Disember tahun lalu, Syida memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.
Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, mendirikan rumah tangga dengan Syafiq, 37, pada 19 Januari 2019.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.
Sumber: Threads






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

