
Pempengaruh media sosial, Bella Park tampil memberikan respon terhadap kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan tindakannya yang didakwa melancong tanpa membawa anak bersama.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Datang Dari Broken Family, Hilang Ayah & Abang’ – Bella Park
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bawa Keluarga Pergi Umrah Sambil Bercuti, Semuanya RM120K’ – Bella Park
Bercuti tinggalkan anak

Menerusi komen yang ditinggalkan di sebuah hantaran, Bella atau nama sebenarnya Nurul Nabila Zolkepli berkata, dia sama sekali tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu, malah setiap kali ke luar negara semua urusan penjagaan anak telah diatur dengan teliti.
Menurut Bella, dia mempunyai tiga orang pembantu rumah yang bergilir-gilir menjaga anak, selain pembantu peribadi dan ibu mentua yang turut memantau keadaan di rumah.
Saya selalu kena macam ini, kalau cerita kata riak pula.
Saya pergi travel pun sedia tiga bibik jaga anak, PA (pembantu peribadi) saya dan semua orang tolong tengokkan anak, mak mentua pun tunggu tengokkan sekali.
Bibik bergilir siang malam jaga anak saya. Full CCTV sekeliling rumah saya, nampak semua dari jauh.
Tambah Bella, dia akan membawa anaknya bersama jika cuaca dan keadaan lokasi pelancongan tersebut sesuai.
Dalam masa yang sama, Bella memaklumkan suaminya juga tidak pernah menghalangnya untuk pergi bercuti.
Saya travel ada banyak cara. Ada waktu saya yang pergi sendiri sebab musim panas sekarang takkan nak bawa anak? Nanti musim sejuk bawalah.
Yang ‘acik-acik’ stres, kata saya, ‘tak rindu anak ke?’
Suami saya rileks saja bagi saya pergi, ‘acik-acik’ yang merentan.
Sumber: Threads







