
Tindakan dua remaja lelaki mengalihkan sebuah al-Quran yang berada di atas jalan raya meraih pujian wargamaya.
Artikel Berkaitan: ‘Dipaksa Jual Kismis & Air Bacaan Al Quran’ – Bekas Budak Sekolah Agama Mengaku Pernah Dibogelkan Sebab…
Alih Quran atas jalan

Menerusi video yang tular di media sosial, dua remaja berkenaan yang menaiki motosikal dilihat berhenti di tepi selepas menyedari terdapat senaskah al-Quran di atas jalan.
Mereka kemudian mengutip al-Quran tersebut sebelum berpatah ke laluan lain untuk mengutip beberapa helaian yang dipercayai sudah tercabut.
Menerusi kapsyen video, pemuda berkenaan memaklumkan dia tidak pasti sama ada al-Quran tersebut terjatuh secara tidak sengaja atau diletakkan di situ dengan tujuan lain.
Tindakan pantas dua remaja itu mendapat pujian ramai yang menganggap mereka menunjukkan sikap prihatin serta rasa hormat terhadap kitab suci al-Quran.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut menitipkan pujian dan mendoakan agar sikap baik mereka menjadi contoh kepada orang lain selain diberi ganjaran pahala.
Sumber: TikTok







