
Siapa kat sini yang masih ingat kenangan masa kecil dulu, rajin kumpul duit syiling dalam tabung besi atau plastik berbentuk harimau?
Bila tabung dah penuh dan berat, mulalah rasa teruja nak ajak mak ayah pergi cawangan bank untuk depositkan duit.
Tahukah korang, cara kita menguruskan kewangan dan urusan perbankan telah banyak berubah mengikut peredaran zaman?
Mengiringi perjalanan negara selama 60 tahun, gaya perbankan rakyat Malaysia telah berkembang pesat merentas pelbagai generasi.
Daripada detik pertama membuka akaun simpanan, belajar berjimat-cermat sehinggalah membuat pembelian besar pertama, urusan kewangan sentiasa menjadi sebahagian daripada momen bermakna dalam kehidupan seharian kita.
Ayuh kita tengok antara perubahan besar gaya perbankan rakyat Malaysia dulu VS sekarang!
Dulu simpan syiling dalam tabung, sekarang semuanya di hujung jari!

Bila difikirkan balik, kedua-dua cara simpanan ini ada kelebihannya yang tersendiri.
Tabung fizikal mengajar disiplin simpanan secara visual & fizikal sejak kecil. Rasa puas dan teruja bila dapat dengar bunyi duit syiling berlaga dan rasa tabung makin berat!
Kehadiran MAE Tabung nyata membuat pengalaman menabung diteruskan dengan cara lebih mudah dan interaktif.
Menerusi MAE Tabung, risiko keselamatan seperti mudah hilang, dicuri, atau rosak, sukar untuk tahu jumlah tepat sehinggalah tabung dipecahkan dan perlu mengusung tabung berat ke bank untuk simpanan akaun akhirnya dapat diselesaikan dengan lancar.
Korang dulu pernah ada tak tabung ikonik berbentuk harimau Maybank waktu kecil? Apa kenangan paling manis korang masa kumpul duit syiling dulu? Jom kongsi kenangan korang dekat ruangan komen!
Dulu kena pergi cawangan atau bank bergerak, sekarang ‘bank’ ada dalam poket!
Ingat tak zaman di mana nak buat urusan bank je kena beratur di cawangan fizikal? Malah untuk kawasan luar bandar, Maybank pernah memperkenalkan perkhidmatan perbankan bergerak demi memastikan komuniti di pelosok desa tidak ketinggalan mendapatkan perkhidmatan kewangan.
Dulu kita semua perlu rancang masa untuk ke cawangan fizikal atau menunggu kedatangan bas perbankan bergerak.
Sekarang, semuanya di hujung jari! Hampir semua urusan perbankan—pindahan duit, bayaran bil hingga ke pengurusan akaun boleh dilakukan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.
Dari Jalan Tun H.S. Lee hingga ke Menara Merdeka Maybank

Pernah tak korang tertanya-tanya bagaimana Maybank bermula?
Perjalanan Maybank bermula dari cawangan pertamanya di Jalan Tun H.S. Lee. Dari satu cawangan, bertambah ke cawangan yang lain dalam memudahkan para pengguna.
Kemudian, pusat operasinya berpindah ke Menara Maybank yang ikonik dan kini melangkah ke mercu tanda baharu, Menara Merdeka Maybank.
Walaupun alamat dan mercu tanda bangunan berubah seiring kemajuan Kuala Lumpur, matlamat utamanya tetap teguh iaitu untuk terus menyokong pertumbuhan ekonomi, perniagaan dan kehidupan rakyat Malaysia.
Memanusiakan perbankan demi masa depan
Banyak yang telah berubah dalam tempoh 60 tahun. Cara kita menyimpan bertambah maju, perbankan semakin digital dan komuniti kita berkembang pesat
Walau bagaimanapun, nilai-nilai teras seperti semangat menyimpan untuk keluarga, membina perniagaan dan mengejar impian masa depan tidak pernah pudar.
Korang boleh tonton video khas Maybank di bawah untuk menghayati detik-detik nostalgia dan aspirasi Maybank yang terus bergerak bersama rakyat Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan daripada Maybank! Semoga perjalanan 60 tahun ini terus menjadi pendorong untuk kita sama-sama melangkah lebih jauh demi masa depan Malaysia yang lebih mampan dan gemilang.






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
