
Penyanyi dan komposer, Ernie Zakri berpendapat tindakan netizen dan segelintir rakan industri yang mengkritik serta menyindir persembahan finalis Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) dalam media sosial bukan sesuatu yang wajar dilakukan.
Artikel Berkaitan: ‘Sejambak Bunga’ Lagu Kebangkitan Ernie Zakri
Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Pertaruh Emosi Dalam ‘Tak Berlagu’, OST Filem Khadam
Kritikan harus berhemah

Ernie atau nama lengkapnya Ernie Shahirah Zakri, 34, berkata, sebagai sesama anak seni, mereka seharusnya saling menyokong dan meraikan usaha yang dicurahkan setiap finalis untuk menjayakan persembahan di pentas AJL.
Saya sangat memahami perasaan mana-mana penyanyi yang bertanding di AJL. Tekanan, suasana dan segalanya-galanya sangat berat.
Saya bangga melihat rakan-rakan penyanyi yang muncul di atas pentas AJL untuk mempersembahkan karya dan seni mereka.
Di Malaysia tidak banyak tempat untuk buat begitu dan AJL adalah tempat untuk penyanyi ‘lepas geram’. Di pentas AJL boleh tunjuk lagu, makeup, baju, props dan sebagainya.
Tidak adil untuk untuk netizen termasuk artis sendiri mengkritik. Saya secara peribadi meraikan pandangan semua, mahu kutuk saya terserah.
Ernie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan perdana drama Cela terbitan Viu Malaysia yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.
Menurut pelantun lagu Sejambak Bunga itu, dia memahami tekanan yang dilalui finalis AJL adalah sangat berat kerana pernah merasai sendiri pengalaman berada di pentas berprestij tersebut.
Untuk saya yang pernah berada di pentas AJL, saya tidak akan bercakap apa-apa (kritik). Kawan-kawan saya yang berada di AJL pasti semua bersungguh-sungguh, malah ada yang kesihatan terjejas.
Ada yang kata tujuan beri kritikan adalah untuk penyanyi itu memajukan diri. Sepatutnya kritikan itu perlu datang dengan idea dan solusi, itu lebih bijak.
Media sosial menakutkan

Dalam pada itu, Ernie mengakui platform media sosial khususnya Threads boleh menjadi ruang yang menakutkan buat golongan artis kerana setiap persembahan mudah menjadi bahan perbincangan.
Justeru, Ernie berharap semua pihak lebih berhemah ketika memberikan pandangan terhadap hasil kerja seseorang, terutama apabila kritikan tersebut dibuat secara terbuka.
Sosial media terutama Threads sangat menakutkan, sampai ada kala selepas menyanyi saya takut untuk buka Threads dan baca komen netizen. Mesti ada 10 yang kutuk dan 10 yang suka.
Kehidupan untuk jadi penyanyi zaman sekarang perlu ‘butakan mata’, hadap sahaja apa yang berlaku. Kalau busuk cara mereka menulis, maka busuklah hati mereka.
Kepada rakan-rakan industri, kritikan itu haruslah secara berilmiah atau beri kami sesuatu input supaya boleh kami perbaiki.





![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)
![[VIDEO] Tahi Mata Boleh Jadi Punca Solat Tak Sah, Ini Penjelasan Imam Mohamad Zaid](https://asset.ohbulan.com/2026/08/tahi-mata.jpg)

