Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob tampil memohon maaf berikutan video melibatkan dirinya dan usahawan Datuk Seri Vida (DSV) yang telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

Artikel Berkaitan: Individu Tegur Vida & Fazley Yaakob Supaya Jaga Batas – ‘Mana Perasaan Malu? Jangan Bangga Buat Dosa’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Nasihat Vida & Fazley Segera Nikah – ‘Yang Tidak Suka Dengan Perkara Baik Hanya Syaitan’

Mohon maaf

Menerusi hantaran di Threads, Fazley atau nama lengkapnya Ahmad Fadzli Yaakob, 48, mengakui kesalahannya kerana memuat naik kandungan tersebut, namun sama sekali tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.

Terima kasih yang mendoakan DSV, Alhamdulillah dia dah pulih dan baik-baik sahaja.

Tentang paparan yang kurang sesuai untuk tatapan umum itu, mohon maaf bagi pihak team content kami.

Tidak ada niat untuk menyinggung mana-mana pihak atau timbulkan spekulasi destruktif.

Dalam masa yang sama, Fazley berkata, dia mengambil pengajaran daripada isu tersebut dan memastikan perkara yang dikongsikan selepas ini akan dinilai terlebih dahulu.

Keterujaan team untuk berkongsi momen-momen tertentu akan diperhalusi untuk masa akan datang.

Saya sebagai ‘bakal Imam DSV’, akan usahakan agar ia lebih mencerminkan contoh yang baik.

Terima kasih semua. Doakan kami.

Terdahulu, keakraban yang dipaparkan oleh Fazley dan Vida mendapat sorotan ramai terutama ketika mereka berada di sebuah lokasi percutian bersama baru-baru ini.

Bagaimanapun, kemesraan yang ditonjolkan mereka menerima pelbagai reaksi ramai yang rata-rata mempersoalkan tentang batas pergaulan.

Sumber: Threads