Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang sahabat bernama Chot yang sentiasa berada di sisinya, termasuk ketika melalui detik paling bahagia dan fasa sukar dalam kehidupan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Mohon Peminat Henti Provokasi & Fitnah – ‘Dari Hari Ini Kita Mula Berharmoni’

Artikel Berkaitan: ‘Ingatlah Sayang..Semuanya Kerana Hanya Yang Terbaik Buatmu, Mommy Sayang Fatima’ – Fazura 

Ucapan untuk Chot

Sempena ulang tahun kelahiran Chot, Fazura menitipkan ucapan istimewa dengan mengimbas kembali perjalanan persahabatan mereka yang sudah terjalin sejak puluhan tahun lalu.

Menurut Fazura, Chot bukan sekadar sahabat baik, malah sudah dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga yang sentiasa menjadi tempatnya bersandar dalam apa jua keadaan.

Chot, saya tak ada kata-kata yang boleh digambarkan betapa awak pentingnya untuk saya, Fatima, keluarga dan rakan-rakan kita. Berpuluh tahun sudah kita layari bahtera kehidupan ini bersama.

Dari saya muda dan single, shooting dari satu lokasi ke lokasi, fasa #FacingUpToFazura, hadirnya Fatima dalam perut saya (Chot antara orang pertama terduduk menangis saat dapat berita itu) dan sekarang (til forever mudah-mudahan), Chot sentiasa ada.

Fazura juga berkata Chot juga antara individu yang menyaksikan sendiri sisi dirinya ketika melalui waktu paling getir, termasuk ketika berdepan kesedihan, ketakutan dan air mata.

Selain daripada ketawa saya yang berterusan, awak juga salah seorang yang menyaksikan saat-saat paling gelap, air mata, harapan dan ketakutan saya.

Chot tidak pernah gagal untuk sentiasa senyum dan cakap ‘Tak apa kak, awak buat apa sahaja yang terbaik untuk awak, saya di sini, Chot ada’

Terima kasih Chot, kerana setia bersama saya selama ini tetapi yang paling penting, kerana menyayangi anak saya tanpa syarat. Fatima seolah nyawa Chot, apa saja Chot buat, semua demi kasih-sayang Chot untuknya.

Mengakhiri ucapan tersebut, Fazura turut menitipkan doa agar Chot sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dijauhkan daripada segala niat buruk manusia serta dikurniakan kesihatan yang baik.