
Status perhubungan pelakon Fikry Ibrahim dan isterinya, Khaliza Alihan, menjadi tanda tanya apabila pasangan itu didapati tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Artikel Berkaitan: Fikry Ibrahim Nafi Rumah Tangga Bergolak, Beraya Berasingan Kerana Komitmen Keluarga – ‘Saya Izinkan Isteri Balik Kampung’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fikry Ibrahim & Isteri Pamer Momen Bahagia Naik Motor, Netizen Tumpang Gembira
Unfollow akaun?

Menerusi pemerhatian OhBulan!, Fikry dan Khaliza sudah lama tidak memuat naik sebarang foto bersama di media sosial sekali gus menguatkan lagi spekulasi yang timbul.
Selain itu, Fikry dilihat masih mengekalkan momen bersama isterinya di Instagram manakala akaun Khaliza pula tidak lagi memaparkan sebarang gambar mereka berdua.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan daripada kedua belah pihak setakat ini.
Terdahulu, Khalizah pernah memfailkan cerai pada Mei tahun lalu namun menarik semula permohonan tersebut pada Jun melalui peguamnya, Wan Muhammad Afiq Mohd Razif.
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 12 Februari lalu dalam majlis tertutup.
Sumber: Instagram @fikryibrahim @khaliza_alihan







![[VIDEO] Anak 1 Tahun 6 Bulan Ditinggalkan Sendiri, Ayah Pantau Guna CCTV Ketika Bekerja](https://asset.ohbulan.com/2026/07/anak-2-tahun.jpg)
