
Penyanyi, Amelina meluahkan rasa rindu terhadap sahabat baiknya, Allahyarham Maya Matahari yang telah meninggal dunia enam tahun lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Selamat Pulang Sahabat Seperjuangan’ – Ucapan Takziah Rakan Artis Buat Maya Matahari
Rindu

Menerusi hantaran di Instagram, Amelina berkongsi rakaman video ketika menziarahi pusara arwah bagi melepaskan kerinduan di hati.
18 Mac 2020, kau pergi tinggalkan kami. Waktu itu aku cuma meratapi dari jauh. Aku tak boleh move on langsung sebab waktu itu PKP.
Banyak yang aku nak kongsikan dengan kau, bak kata kau, walaupun aku yang tua dalam kawan-kawan kita, tapi aku yang paling naif, sangat bimbo, senang kena tipu, lurus bendul. Aku mengaku.
Tapi, adik-adik aku buat kejutan bawa aku melawat kau di bulan kelahiran aku. Aku cuma rindu kau, sayang kau sangat-sangat.
Dalam rakaman tersebut, Amelina dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika berada di sisi pusara sahabatnya itu.
Penyanyi berkenaan turut menitipkan doa buat Allahyarham agar ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman serta mendapat keampunan dan rahmat daripada Allah.
Al-Fatihah sahabatku, Meyanaliza Binti Ruslee. Semoga ditempatkan di tempat paling mulia di sisi-Nya. Diampunkan segala dosa dan diangkat darjatmu di sisi-Nya.
Untuk rekod, Maya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee menghembuskan nafas terakhir pada 18 Mac 2020 selepas berjuang melawan kanser.
Allahyarham yang popular pada era 1990-an menerusi lagu Matahari dan Diari Biru itu turut aktif dalam bidang lakonan sepanjang hayatnya.
Sumber: Instagram






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
