
Hantaran pelakon, Shakilla Khoriri berkaitan etika golongan muda iaitu generasi Z yang kian dilihat berbeza dengan generasi terdahulu khususnya dalam soal keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan menyorot perhatian.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Semua Budak Makan Nasi Lemak’ – Isu Makanan RMT Dibuang, Shakilla Khoriri Cadang Cikgu Kaji Selera Anak Zaman Sekarang
Artikel Berkaitan: ‘Ameena Anak Yang Mudah Tapi Bukan Sampai Culas Tanggungjawab’ – Shakilla Khoriri Perjelas Isu Duit Belanja RM3
Kena kecam
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Shakilla secara lantang memberi pandangan terhadap generasi Z kini yang seolah-olah mempunyai pendirian berbeza dalam soal etika kerja dan tanggungjawab.
Patut banyak daun kering bersepah sekarang.
Budak-budak generasi Z, kami tak perlukan awak juga.
Sila dan terus mereput macam tahi.
Kenyataan yang dianggap kasar itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen malah ada yang menyuarakan hasrat untuk memboikot perniagaan miliknya.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan Shakilla yang dianggap terlalu menghukum tanpa terlebih dahulu menimbang tara situasi yang dihadapi golongan muda itu.
Segelintir mereka merasakan Shakilla tidak patut mengeluarkan kenyataan seperti itu memandangkan dia sendiri merupakan seorang majikan.
Terdahulu, seorang individu berkongsi golongan muda pada masa kini lebih mengutamakan keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan, berbeza dengan pemikiran generasi terdahulu.
Komen netizen


Sumber: Threads








