Tindakan segelintir individu menggunakan situasi melibatkan orang awam tanpa kebenaran bagi meraih pendapatan menerusi pemasaran ‘affiliate’ telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Artikel Berkaitan: Boleh Ke Guna Daging Korban Untuk Majlis Kenduri? Mufti Jelaskan Hukumnya

Artikel Berkaitan: Mufti Perjelas Isu Kongsi Gambar Menyusu Anak Di Media Sosial – ‘Breastfeeding Di Tempat Awam & Tertutup Dibolehkan Tapi…’

Konten tanpa izin

Isu golongan ibu yang menyusukan bayi di tempat awam menjadi perdebatan hangat di media sosial selepas sekeping gambar yang dimuat naik seorang individu tular.

Sementara itu, isu tersebut dilihat berkait dengan penjelasan daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini iaitu mengenai urusan promosi dalam jual beli.

Bagaimanapun, individu berkenaan didakwa mengambil kesempatan terhadap situasi tersebut dengan mempromosikan affiliate menerusi platform Threads.

Memetik penjelasan tersebut, urusan jual beli yang tidak melibatkan unsur riba adalah diharuskan dalam Islam.

Selain itu, Islam tidak menghalang para peniaga menjalankan aktiviti pemasaran bagi memperkenalkan perniagaan serta produk mereka kepada masyarakat.

Islam menghalalkan segala urusan jual beli secara umumnya yang tidak berkait dengan riba.

Berdasarkan nas Al-Quran di atas, hukum melakukan aktiviti marketing adalah harus berdasarkan kaedah fiqh.

Bagaimanapun, Islam melarang sebarang bentuk perniagaan yang melibatkan penipuan kerana nilai kejujuran amat dititikberatkan dalam setiap urusan.

Jika terdapat bukti perbuatan hasil perancangan penjual dan najsh (orang yang sengaja menawarkan harga belian yang tinggi sedangkan dia tidak berniat membelinya) mereka berdua telah melakukan perkara yang haram.

Secara umumnya Islam sangat mementingkan nilai kejujuran dalam semua urusan seharian.

Islam sangat tegas dalam hal penipuan. Hal ini boleh kita lihat dengan jelas bagaimana kemurkaan Allah hingga adanya sebuah surah khusus di dalam Al-Quran yang mencela dan mencelakakan golongan melakukan penipuan.

Marketing hukumnya adalah harus jika bebas daripada perkara yang diharamkan.

Penipuan adalah satu perkara yang ditegah di sisi Islam dalam sebarang urusan khususnya perniagaan. 

Imbas kembali, foto seorang wanita tular di media sosial selepas didakwa menyusu bayinya di tempat awam dan tindakan itu disifatkan tidak sopan.

Bagaimanapun, kebanyakan warganet tampil membela wanita berkenaan dengan menyifatkan perbuatannya tidak salah.

Dalam masa sama, pihak yang memuat naik gambar tersebut didakwa bakal berdepan tindakan saman daripada suami wanita terbabit.

Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan