berita

Harap Semua Pihak Hormati Hal Peribadi Keluarga Kami – Dazrin & Amyra Rosli Tak Jadi Kahwin

August 4th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-08-04 at 8.58.19 PM

Rasanya masih segar di ingatan tarikh 25 Ogos tahun lalu tatkala majlis pertunangan pelakon yang sedang meningkat naik, Dazrin dan Amyra Rosli berlangsung dengan meriahnya.

Artikel Berkaitan: Saya Dah Sedia Bergelar Isteri – Amyra Rosli

Namun, jodoh itu ketentuan Allah SWT. Agak terkejut juga kami apabila membaca headline Berita Harian yang mengatakan bahawa pasangan itu tidak jadi berkahwin.

Pernikahan yang dijadualkan pada 8 Ogos ini (Jumaat) telah pun dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak mahu didedahkan. Perkara ini disahkan sendiri oleh ibu kepada Amyra, Norzaridah Ahmad.

Screen Shot 2014-08-04 at 9.01.12 PM Foto terakhir Amyra Rosli yang dimuat naik oleh Dazrin sekitar bulan Mei lalu

“Pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Ogos ini dibatalkan dan tidak akan menjadi kenyataan atas persetujuan bersama.

Maaf kami tidak dapat berkongsi punca pernikahan itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya berharap semua pihak menghormati hal peribadi yang membabitkan keluarga kami.

Mengenai jodoh mereka berdua, kami serahkan kepada ketentuan takdir. Hanya itu yang dapat saya katakan ketika ini.”

Diharapkan agar pasangan ini dapat menemui jalan penyelesaian dan hanya menunda perkahwinan mereka, bukanlah terus membatalkannya. Yelah kan, sayang bila hubungan erat yang terjalin diputuskan begitu sahaja.

Kredit foto: Instagram Amyra Rosli & Dazrin

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×