Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi tampil memberi pandangan susulan satu ciapan individu mengenai dosa lampau yang telah disesalinya.

Artikel Berkaitan: Hazwani Helmi Kongsi Tips Istiqamah Solat, Sentiasa Jaga Wuduk

Artikel Berkaitan: Dipersoal Opai, Hazwani Helmi Pertahan Keputusan Sertai Misi Gaza Walaupun Berisiko

Dosa lampau

View on Threads

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu yang tidak didedahkan identitinya itu bertanya secara umum mengenai penerimaan ibadahnya selepas melalui fasa kehidupan yang penuh dengan dosa.

Kalau kita dah lama berzina, tidur dengan orang, tengok video lucah, masih diterima ke solat saya?

Ini pertama kali saya solat untuk tahun ini.

Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Hazwani, 29, yang menzahirkan rasa syukur atas kesedaran individu berkenaan untuk kembali ke jalan Allah.

Tambahnya, hidayah yang diberikan perlu dihargai dan dipelihara agar seseorang itu kekal istiqamah dalam melakukan kebaikan.

Alhamdulillahhh. Saya gembira untuk awak.

Saya cuma nak doakan yang terbaik. Semoga istiqamah dan terus kuatkan semangat.

Sekali Allah dah bagi hidayah, genggam erat, jangan lepaskan.

Menurut Hazwani, permulaan seseorang tidak menjadi ukuran untuk menjadi seorang Muslim yang baik selagi ada usaha untuk perbaiki diri dan mengubah cara hidup.

Allah tak tengok permulaan kita, asalkan kita taubat sungguh-sungguh dan berusaha untuk ubah cara hidup.

Insya-Allah, tak mustahil Allah angkat darjat awak. Semoga tersenarai dalam ahli syurga.

Sumber: Threads @hazwanihelmi