Seorang individu tampil meluahkan rasa berang terhadap budaya ‘merajakan’ lelaki dalam keluarga yang didakwa masih berlaku dalam kalangan sesetengah masyarakat.

Artikel Berkaitan: Anak Dara Kena Mengemas, Anak Teruna Lepas Tangan? Wanita Berang Wujud ‘Double Standard’ Dalam Keluarga

Budaya merajakan lelaki

View on Threads

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu berkongsi pengalaman ketika berada di rumah neneknya apabila dipanggil usai selesai menunaikan solat.

Difahamkan, individu berkenaan diminta membuang sampah meskipun ketika itu beberapa cucu lelaki lain sedang berada di ruang tamu namun tidak diminta melakukan tugasan tersebut.

Budaya merajakan lelaki dalam keluarga dalam kalangan orang malaysia ini memang teruk.

Teringat nenek aku panggil aku dalam bilik lepas tahiyat akhir sebab nak suruh aku buang sampah dekat luar rumah. Padahal cucu cucu lelaki dia semua ada saja tengah mengangkang main telefon.

Tambahnya, kerja-kerja rumah seperti memasak dan menghidangkan makanan seolah-olah menjadi tanggungjawab utama cucu perempuan manakala cucu lelaki hanya menunggu waktu makan.

Sudah lah kerja dapur memang dah jadi tugas utama cucu perempuan setiap kali balik.

Sediakan barang, masak, cuci pinggan, hidang meja, kemas meja selepas makan.

Cucu lelaki tak buat apa-apa, tahu makan saja. Best betul hidup jadi lelaki.

Sumber: Threads @sharaf1n4